Wednesday, 4 October 2017

EOP SURGERY

Feeling like wanna fly somewhere, far from here when I heard that the result will be released next week. 

Seriously, I still can't forget the terrible moment during my long case when the examiners repeatedly asked me about the pancreatic divisum and some congenital anomalies, the topic that I was totally " thought block " because I never imagined that I could get a case of young boy having pancreatic disease. 

Selalu clerk adult saja, plus, most common admit sbb pancreatitis due to gallstone, kita hantar buat ERCP nak relieve jaundice. Diagnostic and therapeutic purpose. 

And selain termimpi muka examiners, teringat muka patient yang pandang aku dgn muka kesian, time aku kena attack and kena bamboo masa present case. 

Study semua. 

Lesson learnt. Takut sangat masa exam final year ni, kadang rasa nak diagnose diri sendiri ada hyperthyroidism pun ada. Sikit lagi nak kena arrythmia.

I know that whatever it is, life goes on. Tapi, a weak human like me is never easy to forget the past. Dia makan dalam 😂

I admit my mistakes and my ignorance of that particular topics.


But I do hope that miracle can happen.

Thursday, 18 August 2016

Ayah


Salam alaik.

Behind every successful daughter is a truly amazing father. Peace V :)

Happy retirement day :)

Ayah yang sentiasa titip berdoa untuk kejayaan, when I was at the lowest ebb.

Saja aku tulis, since hari ni hari terakhir ayah dekat sekolah dia. Moga one day, kalau blog hidup segan mati tak mahu ni masih hidup, aku boleh tengok balik apa yang pernah jadi dalam hidup aku. Hahaha. Kalau aku mati, hopefully, I sempat pass my password to someone, so that he will inactivate this blog. Lol.

Antara memorable moment yang paling buat aku tersentuh hati, masa aku duduk dekat boarding school, aku menangis tak cukup tanah, nak balik. Mak kata, sabar, duduk dulu, nanti lama-lama okay. Ayah kata, tak apa, esok ayah ambil adik balik. Kita tukar sekolah. Cakap dengan ayah senang. HAHA. I know both of my parents want the best for me, tapi mereka ada pandangan yang berbeza.

Ayah sangat memahami. I really can't cope with the environment in boarding school. Lots of rules and regulations. Okay. Itu alasan. To be honest, aku manja. Dulu masa UPSR, dapat offer sekolah asrama tak pergi. Then bila masuk asrama form 4, terkejut nak mati. Hmm.

Esoknya, ayah sampai sekolah, dia bagi kertas A4 kosong dengan sebatang pen. Dia cakap " Nah, tulis sendiri, sebab-sebab nak tukar sekolah, satgi adik pi masuk jumpa pengetua sendiri. " HAHA. Rama-rama pun berterbangan di dalam perut. Gila tak takut. Jumpa pengetua T_T.

I was like.. T_T. " Pasaipa ayah tak tolong tulis? " Selalu kalau malas pi sekolah, ayah selalu saja tolong tuliskan alasan T_T. HAHA. Masa tengah tulis surat rasmi nak tukar sekolah dengan tangan terketar-ketar,
ayah cakap " Ayah tak kisah pun adik nak duduk sekolah mana. Tu pilihan adik, dan ayah sangat hormati. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting adik berjaya. "

Meleleh air mata sebab ayah sentiasa percaya pada aku.

I got all As in PMR and SPM. So as usual, akan ada relatives/kawan2 mak ayah akan tanya, nak sambung mana, kos apa, and bagi certain suggestions, masuklah sekolah ini, sekolah itu. Buatlah bidang ni, bidang itu. Aku hargai semua pendapat :)

Tapi ayah tak pernah suggest. Ayah tak pernah pun cuba nak bagi hint " Adik tak minat doktor ka? " Haha. Dia cuma cakap, " Buatlah bidang yang adik minat. Apapun keputusan, ayah ikut. Jangan ikut cakap orang, ikut hati, ikut minat. Nanti nak kerja berpuluh-puluh tahun ".

Ayah bukan sekadar ayah. Dia kawan. Dia sumber kekuatan.

Masa dapat offer Unimas, aku hesitate bagai nak gila, nak balik Ijip ka sambung sini saja. Hati aku memang dekat sana pun. Ayah aku cakap " Duduk sini takpa, dok sana takpa. " Tapi yang ni ayah bagi hint " Tapi kalau adik balik sini, ayah boleh tengok adik selalu. Kita boleh jumpa selalu ".

Why not balik sini, kalau dah terlalu banyak pengorbanan ayah dan mak?

Bagi aku, one of the best parenting, adalah apabila ibu bapa bagi kebebasan untuk anak-anak memilih cita-cita. Bagi aku sokongan dan doa parent adalah aset yang paling penting untuk berjaya.

Hopefully, ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dipanjangkan umur supaya one day, ayah boleh tengok aku konvo. Itu adalah impian dia yang selalu dia cakap pada aku.

Ameen.

Selamat beristirehat dengan gembira :)




Tuesday, 14 June 2016

Menu Ramadhan

Salam alaikum. 

So, semalam aku bet dengan housemate aku. 

Aku cakap dekat dia, hari ni kafe dekat kolej masak kari ayam, esok konfem dia masak kicap ayam. 

Kawan aku reply, " Kalau dia tukar menu esok, siap kau! " 

Kahkahkah. Tak nak kalah. Aku sangatlah konfiden dia akan masak kicap ayam keesokan harinya. 

So, jeng jeng jeng .. 

Hari ni dia masak .. 

Kari ayam dengan masak kicap ayam. 

Hahaha. Aku dah cakap dah. Aku dah agak dah dia nak masak apa. 

Bab makanan ni, aku observant sikit. 

Sampai dah boleh assume dia nak masak apa. Betul tekaan aku. Kahkahkah. 

So .. housemate lain tiba-tiba bersuara .. 

" kata puasa nak merasai keperitan saudara yang tak maka, tapi komplen bab makanan. Cuba ingat Syria tak ada makanan " 

Hah, itu dia.. Deep, 😆

Tsk. Tsk. Sesungguhnya, kami redha sepanjang puasa di sini makan kari ayam. 

Lama tak makan popia. 

Rindu nya 😂😂😂

Friday, 10 June 2016

Public Displays of Affection

Salam alaik. 

Malam ni, aku ada baca article dari Warga Prihatin. Tajuk dia " Fitnah Agama ". Dia ada attach gambar, yang mana caption dia tulis dekat situ, Berpurdah, berjubah, tapi beromen di tangga masjid. HUA HUA HUA. Aku rasa caption dia agak inappropriate. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran article ni, tapi bagi aku mainpoint yang dia nak highlight satu saja iaitu pasal PUBLIC DISPLAYS OF AFFECTION IN ISLAM.

Tapi, more or less, kita boleh ambil pengajaran rasanya. To those newlyweds Muslim couples, I know that you guys just want to share your happy moments. Tapi kurang-kurangkanlah show off your romantic side. Bukan setakat dekat luar, dalam media sosial ini pun, update, "husband I sweet, wife I sweet". Phew. Kita yang mula-mula yang tengok ni, mula-mula rasa " Alahai, sweetnyalah couple ni. 
" Tapi kalau dah selalu sangat post macam hugging, gambar berlaga pipi husband and wife, sweet boleh jadi pahit, tahu?

Orang mungkin kata, " Fikiran tu, tak payah lah nak narrow minded or CONSERVATIVE sangat. Kitorang dah kahwin pun. So halal dah. " 

No, don't get me wrong. Showing your love to your love ones bukan benda forbidden. Malah dituntut lagi. Rasulullah pun romantik, bagi hadiah untuk isteri, tapi lain caranya. Affection between spouse is a private matter. So reserve dekat rumah sajalah, budak-budak pun tak nampak.  

Love is beautiful. Its not a cheap thing on display. Islam bukan agama yang terkebelakang. Tapi tak bermakna, benda biasa tengok macam kissing, hugging, dalam TV shows, akan jadi benda biasa juga dalam agama. 

NO. What is normal in people is not always conformity with Islamic principles.

Our religion has its own value system, religion of shame and modesty. 

Benda yang private, simpan dekat rumah, do value your privacy, okay?

May Allah guide us to the right path. 

Allahumma ameen. Adios.



Sunday, 29 May 2016

Oh My English !

Bukak buku lama, terjumpa penanda buku buat sendiri masa form 4. HAHA 😂 Masa itu, English okay lagi, sophisticated words cikgu ajar banyak sebab nak ambil SPM kan, buat essay semangat sangat, but now, English pun macam rubbish. Wakakaka. Dekat Egypt, tak pernah speaking pun, even bahasa pengantar uni dalam omputih. Bahasa ni, bila kau tinggal dia, dia lagi tinggal kau. Nasib Muet pass band 4 T_T. Kalau tak, mampus.

Dulu zaman sekolah, memang enthusiastic betul nak achieve the greatest triumph in life, nak itu, nak ini, masuk dunia medicine, blergh.
Al fatihah untuk diri ini.

Mengimbau nostalgia. SPM candidate 2010. HAHA.

Tak sangka aku boleh jadi motivator untuk diri sendiri.


" Life hands us the golden oppurtunity of seeing uncountable 'tomorrow's. As a being in this world, the only armour we are given to survive the downfalls and conflicts is our heart. When our heart stops hoping, our mind stops believing and we stop living. Our path in life lays before us until we see the daylight of tomorrow we live in the dark. Tomorrow may bring us joy, tomorrow may hand us with grief. I have begun to understand that time is the essence of our journey through life .. "

Reminiscing the old memory. Miahaha.

Thursday, 24 March 2016

FOOD

Mak kata " Jgn mengeluh sangat, nanti pahala tak dak ". Dah, seriously, aku dah tak tahan malam ni. Hahaha.

Penat dah tahan sebenarnya, asal weekend saja makan megi, delivery kfc. Bila entah nak ada cafe balik kolej ni? Kemon, aku rasa kalau megi ni boleh cakap, maybe dia akn cakap " awat hang ni pathethic sangat? "

Well. Bab makan memang masalah since  Kak Patin and the gang tak ada kereta, duduk pulak dekat fakulti perubatan Kuching yang kononnya tengah bandar, igt segalanya-galanya senang, but the bitter truth is, kau tak ada transport, so susah kau nak keluar cari makan. Takkan la everytime nak keluar cari cab, tapi memang tiap kali keluar call taxi pun. Kau ada option lain ke? Tak dak pun kan? Aku memang desperate pun.

Penat, aku weeekend nak rehat, aku tak mau pi hospital semata nak makan 😟😟😟  (Tapi kekadang, weekend memang kena pi hospital pun clerk patient) Makanan tak sedap, bosan menu sama tiap-hari hang tak payah complain sangat, sebab makan nasi ada lauk dah cukup utk nak meneruskan kelansungan hidup.

Itu tak masuk lagi peraturan college yang tak boleh ada washing machine, tak boleh masak etc. What the heck?

Okay, i have to stop here. Nanti lagi berbakul sumpah seranah Kak Patin cakap. Abang Ee aku cakap " Dah bawak bertenang " Dia cakap, I know how you feel because I am a student too ". Tapi Mesir syurga makanan, lapaq saja, hang boleh call khidmat tausil, order nak nasi putih, tomyam campur, telur dadar. Nak best sikit, ha, tausil saja pizza, lasagna, Nasi Mandy Hadramaut. Ramai jugak yang just lunch dekat hospital tapi dinner just makan biscuits pastu bancuh air. Tapi Kak Patin can't survive without rice. Aku rasa macam ada symptoms hypoglycemia, tremors etc, if tak mkn nasi, aku rasa tak sempurna. Okay, exaggerate.

Why food important sangat sampai gedik nak buat entry? Of course lah. Nobody can survive without food. Plus, consuming fast food is not good for health too. FAST FOOD FAST DIE. Oh God, please, I don't wanna die young 😕😕😕

Sound childish kan? But, please try to put yourself in our shoes, then you'll know how terrible this feeling is. Sikit-sikit 2-3 bulan pertama boleh tahan, tapi dah lama, sumpah seranah banyak jugak keluar dari mulut puaka aku ni dengan segala karenah birokrasi yang bagi aku tak make sense at all.

K.bai. I have to stop here sebelum tersebut tambah tolak darab bahagi ÷×=%_-+×#!

" Sabar. Mana pergi tarbiah, Nabi dulu bla.. bla.. "

Oh no. Not this time. Please.




Friday, 26 February 2016

Life is Precious. Death is Free

Hi.

Stress nak exam sebenarnya. Itu yang tulis entry petang-petang cenggini. Ekceli kan, selain geng homebirth and antivaccine, banyak saja scenes menakjubkan dekat hospital. So for me, its very important to educate our society, supaya tak cepat percaya rumours pelik-pelik dalam social media.

Ada patient yang refuse epidural padahal tak tahan sakit sangat dah, request caesar sebab dia kata epidural boleh lumpuh. Tak tahu pulak dia, before caesar pun kita letak spinal/epidural. All this while, masuk OT, tak pernah lagi aku tengok doctor bedah orang hidup-hidup.

Ada case patient memang request nak caesar sebab nak jaga saluran bawah 😂😂😂 Takut suami cari lain. Tak tahulah, maybe husband dia sanggup tunggu dia lama berkorban jiwa dan tenaga dekat hospital, sebab if caesar ni, lepas beranak lagi sakit, plus long hospital stay. Itu tak masuk lagi intrapartum complication macam bowel damage ke, infection ke 😅😅😅

Ada lagi, yang refuse induction of labor sebab baby dia IUGR (baby kecik). Bila baby kecik, so selalunya Dr akan induce labor sebab berisiko. Alasan dia, ' Ni kenapa nak paksa-paksa bersalin? Biarlah Tuhan tentukan nak bersalin bila? ' Kak, Dr ada cakap ke risiko if masih nak tunggu baby lahir sendiri '. ' Ha, Dr cakap dah, tapi akak nak dia lahir sendiri jugak '. Since IUGR ni antara causes dia adalah placenta insufficiency, so bila dia duduk lama dalam perut, tak gerak dah growth, if buat graph pun plateau saja, nutrient pun tak banyak sampai, simpan lama-lama boleh jugak mati dalam perut.

Banyak lagi kisah. Kisah lawak pun ada. Tengok buku pink dia, ada tiga kali kena buat modified oral glucose tolerance test (MOGTT). So aku tanya la " Akak tahu tak kenapa akak kena minum air gula? Minum sampai 3x ni kenapa? Sebab berat akak naik ke macam mana? "Eh tak adalah. Ish, dah akak kan mengandung, kenalah bagi gula dekat baby. Gula kan nutrient? "

Emm. " Kak, Dr bagi minum air gula nak tengok akak ada kencing manis ke tak. Kita tak bagi gula dekat baby. Nnti baby jadi gemuk, badan dia akan secrete lagi banyak insulin 😢😢😢 Nanti baby akak gemuk, siapa yang susah? Akak.. jugak .. T_T " Tak lah. Aku tak cakap cenggitu pun. Aku cakap lain dekat dia.

Walaupun kekadang Tuhan uji dengan sakit, tapi aku rasa hidup ini banyak pilihan. Dia akan bagi jalan keluar. Samaada kita jumpa ke tak jalan yang lurus. Itu saja. Hehe.

Selingan. Hidup ini indah jugak. Tapi stress lagi banyak lah.



Life is precious. Death is free.