Wednesday, 4 October 2017

EOP SURGERY

Feeling like wanna fly somewhere, far from here when I heard that the result will be released next week. 

Seriously, I still can't forget the terrible moment during my long case when the examiners repeatedly asked me about the pancreatic divisum and some congenital anomalies, the topic that I was totally " thought block " because I never imagined that I could get a case of young boy having pancreatic disease. 

Selalu clerk adult saja, plus, most common admit sbb pancreatitis due to gallstone, kita hantar buat ERCP nak relieve jaundice. Diagnostic and therapeutic purpose. 

And selain termimpi muka examiners, teringat muka patient yang pandang aku dgn muka kesian, time aku kena attack and kena bamboo masa present case. 

Study semua. 

Lesson learnt. Takut sangat masa exam final year ni, kadang rasa nak diagnose diri sendiri ada hyperthyroidism pun ada. Sikit lagi nak kena arrythmia.

I know that whatever it is, life goes on. Tapi, a weak human like me is never easy to forget the past. Dia makan dalam 😂

I admit my mistakes and my ignorance of that particular topics.


But I do hope that miracle can happen.

Thursday, 18 August 2016

Ayah


Salam alaik.

Behind every successful daughter is a truly amazing father. Peace V :)

Happy retirement day :)

Ayah yang sentiasa titip berdoa untuk kejayaan, when I was at the lowest ebb.

Saja aku tulis, since hari ni hari terakhir ayah dekat sekolah dia. Moga one day, kalau blog hidup segan mati tak mahu ni masih hidup, aku boleh tengok balik apa yang pernah jadi dalam hidup aku. Hahaha. Kalau aku mati, hopefully, I sempat pass my password to someone, so that he will inactivate this blog. Lol.

Antara memorable moment yang paling buat aku tersentuh hati, masa aku duduk dekat boarding school, aku menangis tak cukup tanah, nak balik. Mak kata, sabar, duduk dulu, nanti lama-lama okay. Ayah kata, tak apa, esok ayah ambil adik balik. Kita tukar sekolah. Cakap dengan ayah senang. HAHA. I know both of my parents want the best for me, tapi mereka ada pandangan yang berbeza.

Ayah sangat memahami. I really can't cope with the environment in boarding school. Lots of rules and regulations. Okay. Itu alasan. To be honest, aku manja. Dulu masa UPSR, dapat offer sekolah asrama tak pergi. Then bila masuk asrama form 4, terkejut nak mati. Hmm.

Esoknya, ayah sampai sekolah, dia bagi kertas A4 kosong dengan sebatang pen. Dia cakap " Nah, tulis sendiri, sebab-sebab nak tukar sekolah, satgi adik pi masuk jumpa pengetua sendiri. " HAHA. Rama-rama pun berterbangan di dalam perut. Gila tak takut. Jumpa pengetua T_T.

I was like.. T_T. " Pasaipa ayah tak tolong tulis? " Selalu kalau malas pi sekolah, ayah selalu saja tolong tuliskan alasan T_T. HAHA. Masa tengah tulis surat rasmi nak tukar sekolah dengan tangan terketar-ketar,
ayah cakap " Ayah tak kisah pun adik nak duduk sekolah mana. Tu pilihan adik, dan ayah sangat hormati. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting adik berjaya. "

Meleleh air mata sebab ayah sentiasa percaya pada aku.

I got all As in PMR and SPM. So as usual, akan ada relatives/kawan2 mak ayah akan tanya, nak sambung mana, kos apa, and bagi certain suggestions, masuklah sekolah ini, sekolah itu. Buatlah bidang ni, bidang itu. Aku hargai semua pendapat :)

Tapi ayah tak pernah suggest. Ayah tak pernah pun cuba nak bagi hint " Adik tak minat doktor ka? " Haha. Dia cuma cakap, " Buatlah bidang yang adik minat. Apapun keputusan, ayah ikut. Jangan ikut cakap orang, ikut hati, ikut minat. Nanti nak kerja berpuluh-puluh tahun ".

Ayah bukan sekadar ayah. Dia kawan. Dia sumber kekuatan.

Masa dapat offer Unimas, aku hesitate bagai nak gila, nak balik Ijip ka sambung sini saja. Hati aku memang dekat sana pun. Ayah aku cakap " Duduk sini takpa, dok sana takpa. " Tapi yang ni ayah bagi hint " Tapi kalau adik balik sini, ayah boleh tengok adik selalu. Kita boleh jumpa selalu ".

Why not balik sini, kalau dah terlalu banyak pengorbanan ayah dan mak?

Bagi aku, one of the best parenting, adalah apabila ibu bapa bagi kebebasan untuk anak-anak memilih cita-cita. Bagi aku sokongan dan doa parent adalah aset yang paling penting untuk berjaya.

Hopefully, ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dipanjangkan umur supaya one day, ayah boleh tengok aku konvo. Itu adalah impian dia yang selalu dia cakap pada aku.

Ameen.

Selamat beristirehat dengan gembira :)




Tuesday, 14 June 2016

Menu Ramadhan

Salam alaikum. 

So, semalam aku bet dengan housemate aku. 

Aku cakap dekat dia, hari ni kafe dekat kolej masak kari ayam, esok konfem dia masak kicap ayam. 

Kawan aku reply, " Kalau dia tukar menu esok, siap kau! " 

Kahkahkah. Tak nak kalah. Aku sangatlah konfiden dia akan masak kicap ayam keesokan harinya. 

So, jeng jeng jeng .. 

Hari ni dia masak .. 

Kari ayam dengan masak kicap ayam. 

Hahaha. Aku dah cakap dah. Aku dah agak dah dia nak masak apa. 

Bab makanan ni, aku observant sikit. 

Sampai dah boleh assume dia nak masak apa. Betul tekaan aku. Kahkahkah. 

So .. housemate lain tiba-tiba bersuara .. 

" kata puasa nak merasai keperitan saudara yang tak maka, tapi komplen bab makanan. Cuba ingat Syria tak ada makanan " 

Hah, itu dia.. Deep, 😆

Tsk. Tsk. Sesungguhnya, kami redha sepanjang puasa di sini makan kari ayam. 

Lama tak makan popia. 

Rindu nya 😂😂😂

Friday, 10 June 2016

Public Displays of Affection

Salam alaik. 

Malam ni, aku ada baca article dari Warga Prihatin. Tajuk dia " Fitnah Agama ". Dia ada attach gambar, yang mana caption dia tulis dekat situ, Berpurdah, berjubah, tapi beromen di tangga masjid. HUA HUA HUA. Aku rasa caption dia agak inappropriate. Aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran article ni, tapi bagi aku mainpoint yang dia nak highlight satu saja iaitu pasal PUBLIC DISPLAYS OF AFFECTION IN ISLAM.

Tapi, more or less, kita boleh ambil pengajaran rasanya. To those newlyweds Muslim couples, I know that you guys just want to share your happy moments. Tapi kurang-kurangkanlah show off your romantic side. Bukan setakat dekat luar, dalam media sosial ini pun, update, "husband I sweet, wife I sweet". Phew. Kita yang mula-mula yang tengok ni, mula-mula rasa " Alahai, sweetnyalah couple ni. 
" Tapi kalau dah selalu sangat post macam hugging, gambar berlaga pipi husband and wife, sweet boleh jadi pahit, tahu?

Orang mungkin kata, " Fikiran tu, tak payah lah nak narrow minded or CONSERVATIVE sangat. Kitorang dah kahwin pun. So halal dah. " 

No, don't get me wrong. Showing your love to your love ones bukan benda forbidden. Malah dituntut lagi. Rasulullah pun romantik, bagi hadiah untuk isteri, tapi lain caranya. Affection between spouse is a private matter. So reserve dekat rumah sajalah, budak-budak pun tak nampak.  

Love is beautiful. Its not a cheap thing on display. Islam bukan agama yang terkebelakang. Tapi tak bermakna, benda biasa tengok macam kissing, hugging, dalam TV shows, akan jadi benda biasa juga dalam agama. 

NO. What is normal in people is not always conformity with Islamic principles.

Our religion has its own value system, religion of shame and modesty. 

Benda yang private, simpan dekat rumah, do value your privacy, okay?

May Allah guide us to the right path. 

Allahumma ameen. Adios.



Sunday, 29 May 2016

Oh My English !

Bukak buku lama, terjumpa penanda buku buat sendiri masa form 4. HAHA 😂 Masa itu, English okay lagi, sophisticated words cikgu ajar banyak sebab nak ambil SPM kan, buat essay semangat sangat, but now, English pun macam rubbish. Wakakaka. Dekat Egypt, tak pernah speaking pun, even bahasa pengantar uni dalam omputih. Bahasa ni, bila kau tinggal dia, dia lagi tinggal kau. Nasib Muet pass band 4 T_T. Kalau tak, mampus.

Dulu zaman sekolah, memang enthusiastic betul nak achieve the greatest triumph in life, nak itu, nak ini, masuk dunia medicine, blergh.
Al fatihah untuk diri ini.

Mengimbau nostalgia. SPM candidate 2010. HAHA.

Tak sangka aku boleh jadi motivator untuk diri sendiri.


" Life hands us the golden oppurtunity of seeing uncountable 'tomorrow's. As a being in this world, the only armour we are given to survive the downfalls and conflicts is our heart. When our heart stops hoping, our mind stops believing and we stop living. Our path in life lays before us until we see the daylight of tomorrow we live in the dark. Tomorrow may bring us joy, tomorrow may hand us with grief. I have begun to understand that time is the essence of our journey through life .. "

Reminiscing the old memory. Miahaha.

Thursday, 24 March 2016

FOOD

Mak kata " Jgn mengeluh sangat, nanti pahala tak dak ". Dah, seriously, aku dah tak tahan malam ni. Hahaha.

Penat dah tahan sebenarnya, asal weekend saja makan megi, delivery kfc. Bila entah nak ada cafe balik kolej ni? Kemon, aku rasa kalau megi ni boleh cakap, maybe dia akn cakap " awat hang ni pathethic sangat? "

Well. Bab makan memang masalah since  Kak Patin and the gang tak ada kereta, duduk pulak dekat fakulti perubatan Kuching yang kononnya tengah bandar, igt segalanya-galanya senang, but the bitter truth is, kau tak ada transport, so susah kau nak keluar cari makan. Takkan la everytime nak keluar cari cab, tapi memang tiap kali keluar call taxi pun. Kau ada option lain ke? Tak dak pun kan? Aku memang desperate pun.

Penat, aku weeekend nak rehat, aku tak mau pi hospital semata nak makan 😟😟😟  (Tapi kekadang, weekend memang kena pi hospital pun clerk patient) Makanan tak sedap, bosan menu sama tiap-hari hang tak payah complain sangat, sebab makan nasi ada lauk dah cukup utk nak meneruskan kelansungan hidup.

Itu tak masuk lagi peraturan college yang tak boleh ada washing machine, tak boleh masak etc. What the heck?

Okay, i have to stop here. Nanti lagi berbakul sumpah seranah Kak Patin cakap. Abang Ee aku cakap " Dah bawak bertenang " Dia cakap, I know how you feel because I am a student too ". Tapi Mesir syurga makanan, lapaq saja, hang boleh call khidmat tausil, order nak nasi putih, tomyam campur, telur dadar. Nak best sikit, ha, tausil saja pizza, lasagna, Nasi Mandy Hadramaut. Ramai jugak yang just lunch dekat hospital tapi dinner just makan biscuits pastu bancuh air. Tapi Kak Patin can't survive without rice. Aku rasa macam ada symptoms hypoglycemia, tremors etc, if tak mkn nasi, aku rasa tak sempurna. Okay, exaggerate.

Why food important sangat sampai gedik nak buat entry? Of course lah. Nobody can survive without food. Plus, consuming fast food is not good for health too. FAST FOOD FAST DIE. Oh God, please, I don't wanna die young 😕😕😕

Sound childish kan? But, please try to put yourself in our shoes, then you'll know how terrible this feeling is. Sikit-sikit 2-3 bulan pertama boleh tahan, tapi dah lama, sumpah seranah banyak jugak keluar dari mulut puaka aku ni dengan segala karenah birokrasi yang bagi aku tak make sense at all.

K.bai. I have to stop here sebelum tersebut tambah tolak darab bahagi ÷×=%_-+×#!

" Sabar. Mana pergi tarbiah, Nabi dulu bla.. bla.. "

Oh no. Not this time. Please.




Friday, 26 February 2016

Life is Precious. Death is Free

Hi.

Stress nak exam sebenarnya. Itu yang tulis entry petang-petang cenggini. Ekceli kan, selain geng homebirth and antivaccine, banyak saja scenes menakjubkan dekat hospital. So for me, its very important to educate our society, supaya tak cepat percaya rumours pelik-pelik dalam social media.

Ada patient yang refuse epidural padahal tak tahan sakit sangat dah, request caesar sebab dia kata epidural boleh lumpuh. Tak tahu pulak dia, before caesar pun kita letak spinal/epidural. All this while, masuk OT, tak pernah lagi aku tengok doctor bedah orang hidup-hidup.

Ada case patient memang request nak caesar sebab nak jaga saluran bawah 😂😂😂 Takut suami cari lain. Tak tahulah, maybe husband dia sanggup tunggu dia lama berkorban jiwa dan tenaga dekat hospital, sebab if caesar ni, lepas beranak lagi sakit, plus long hospital stay. Itu tak masuk lagi intrapartum complication macam bowel damage ke, infection ke 😅😅😅

Ada lagi, yang refuse induction of labor sebab baby dia IUGR (baby kecik). Bila baby kecik, so selalunya Dr akan induce labor sebab berisiko. Alasan dia, ' Ni kenapa nak paksa-paksa bersalin? Biarlah Tuhan tentukan nak bersalin bila? ' Kak, Dr ada cakap ke risiko if masih nak tunggu baby lahir sendiri '. ' Ha, Dr cakap dah, tapi akak nak dia lahir sendiri jugak '. Since IUGR ni antara causes dia adalah placenta insufficiency, so bila dia duduk lama dalam perut, tak gerak dah growth, if buat graph pun plateau saja, nutrient pun tak banyak sampai, simpan lama-lama boleh jugak mati dalam perut.

Banyak lagi kisah. Kisah lawak pun ada. Tengok buku pink dia, ada tiga kali kena buat modified oral glucose tolerance test (MOGTT). So aku tanya la " Akak tahu tak kenapa akak kena minum air gula? Minum sampai 3x ni kenapa? Sebab berat akak naik ke macam mana? "Eh tak adalah. Ish, dah akak kan mengandung, kenalah bagi gula dekat baby. Gula kan nutrient? "

Emm. " Kak, Dr bagi minum air gula nak tengok akak ada kencing manis ke tak. Kita tak bagi gula dekat baby. Nnti baby jadi gemuk, badan dia akan secrete lagi banyak insulin 😢😢😢 Nanti baby akak gemuk, siapa yang susah? Akak.. jugak .. T_T " Tak lah. Aku tak cakap cenggitu pun. Aku cakap lain dekat dia.

Walaupun kekadang Tuhan uji dengan sakit, tapi aku rasa hidup ini banyak pilihan. Dia akan bagi jalan keluar. Samaada kita jumpa ke tak jalan yang lurus. Itu saja. Hehe.

Selingan. Hidup ini indah jugak. Tapi stress lagi banyak lah.



Life is precious. Death is free. 

Friday, 29 January 2016

On Call

A friend of mine told me, upon entering the labour room, she just focused on the partograph without seeing the patient's condition. Since the cervical dilation plotted just few cm, so she asked the nurse in charge, " Kak, bila Dr nak buat VE lagi? "

The nurse burst out laughing. " Patient dah beranak dah pun dik ".

Lawak antarabangsa tengah-tengah malam betul 😂😂😂😂😂

Merepek apa tanya bukaan berapa centimer dah, baby dah keluar dah pun. Miahahaha.

Moral of the story, selak tirai, tengok patient dulu, then baru tengok partograph.

Bukan tengok partograph yang tak habis plot.


Wednesday, 13 January 2016

Takut Exam & Tulang Rusuk

Semalam sembang dengan kawan, buat aku gelak guling-guling atas katil sesorang. Sebab aku rasa macam mak aii, how come dia dah fikir kahwin bagai, sampai cakap dekat aku, kalau aku still tak ada pakwe sekarang, nanti aku dapat driver lori la, driver teksi la jadi suami. Haih, melampau benor. Satu ketika aku rasa, eh aku dah sampai tahap kena sembang pasal benda ni ke? Bosan. Kau tau antara benda yang aku lagi takut daripada tak dapat jodoh, bro? Bagi aku 2 je,

1) Takut fail exam kena repeat tahun, so, aku takut sangat, mesti ralat kalaulah parent aku meninggal ke, tak sempat tengok aku grad sebab repeat year. Sedihnya. Mesti aku menyesal seumur hidup. Tapi kalau dah usaha dan Allah nak bagi ujian fail ke apa, kena redha. Kita kena ingat, everything happens for a reason. Aku percaya, Tuhan takkan bagi ujian kalau orang yang diuji tak kuat. Tawakkal, let Him do the rest. Kita tak akan ada keupayaan tanpa pertolongan dari Dia. Moga-moga dengan rahmat dan kasih sayang Dia kita berjaya. Study tak tidur, bertapa 24 jam clerk patient dekat hospital pun, bukan penentu kejayaan, itu cuma sekadar usaha yang kita buat. Dialah yang punya segala cerita. Hari ni, surgery result out. Alhamdulillah pass, tapi nak celebrate ke apa, tak perlu rasanya. Kalau ada kawan fail, cubit paha kiri, peha kanan terasa.

2) Aku takut fail, nanti biasiswa kena tarik. Duit memang penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kadang, jauh gila aku fikir pasal sebab exam saja. Aku pun tak faham, betul ke tak apa yang aku buat. Kadang, aku rasa penat betul hidup macam ni.

Lain-lain hal, aku letak tepi dulu. Kah3. Tengok doktor punya life, aku rasa, is this the life that I wanna live?

Bagi aku yang paling berdebar bukan jumpa pakwe, tapi aku bergetar hati, limpa, hempedu, berpeluh kaki tangan, kepala lutut, kejang gigi, tongue tremor mengalahkan patient hyperthyroidism dah masa buat short cases. Hahaha.

Tak pernah aku mimpi jodoh. Tapi seingat aku, dah lebih 5 kali aku terjaga, terkejut dalam tidur, sebab aku mimpi doktor tak pass kan case aku.

Hahah. Kadang, life mmg lifeless.

Miserable pun ada jugak.

Hidup ni byk pilihan, if sng dapat duit, aku nak tidur saja. Pastu aku nak duduk dengan mak ayah sampai bila-bila. Entah, aku ada thought yang takkan ada orang yang sebaik dan setelus mak aku. Banyak mana pun aku argue dengan dia sebab the way of thinking kitaorang macam artik dengan antartika, mak aku remain calm and professional saja. HAHA.

Pada aku, bukan senang nak cari chemistry.

If tak dapat jumpa yang ada chemistry, baik hidup sendiri. Tak guna pun relationship kalau hidup cuma berbalah simple things. Bosan jugak hidup kalau tak sama buah fikiran. Tak tau nak sembang apa.

Ini cuma random post yang tak ada apa-apa makna. Aku pun dah tak tahu mana satu path yang suits my purpose of life. Lol.








Friday, 8 January 2016

Kurus

Bila kawan-kawan tanya, awat makan banyak tapi kurus?

Differential diagnosis gua ada dua saja :

1) Cacing

2) Saka

Tapi no 2 is very unlikely. Kah3.

Ingat gua suka ka kurus?

Gua nak jugak sexy macam Kim Kardishian. Baru hot.

Thursday, 31 December 2015

New Year, 2016 !

Bismillah.

2016,

Masih merindui Egypt,

Dah 3 tahun,

Tapi masih terngiang-ngiang kata-kata seorang senior,

" Kalau rasa down, doalah, never underestimate the power of du'a. Doa sesuatu yang miracle. Kalau sedih, merayulah dekat Tuhan, doa macam ni " Ya Allah, kalaulah ada sedikit pun kebaikan aku pada orang lain, Kau bantulah aku hadapi cubaan ini. Jangan sesekali awak lupa nak doa especially bila tengah musafir,  naik flight, doa untuk kawan-kawan sekali, doa waktu hujan, sebab waktu ni, rahmat  Tuhan turun. Lagi satu, paling penting, restu Mak. Doa Mak tak ada hijab dengan Allah. " Tak pernah lupa. Moga Tuhan beri kebaikan buat semua senior dan sahabat yang pernah ada sama-sama dekat sana dulu.

Egypt.

The place where I met lots of good people.

Happy New Year, everyone !

Reminiscing the old memories to live a better life.






Thursday, 17 December 2015

Innocent Answer

A student clerked a patient.

During his case presentation, the surgeon asked the student,

" So what type of colitis does this patient have? "

Student : " Ulcerative colitis, Dr "

Dr : " Why do you say its ulcerative colitis? "

Student : " Bcoz its the only colitis that I know "

That surgeon burst out laughing.

HAHAHAHAHAHAHAHA !!

Tak pernah tengok dia gelak.

Everytime we did our bed side teaching with him, AWKWARD. If he asked us some questions which we did know the answer, sometimes, he would say " So easy to say that you don't no?? " (Sarcastic)

But this time, its different.

At the beginning, I was afraid to laugh even its funny. But when he did not stop laughing after a minute, finally, I laughed too.

Miahahaha >_<

I grinned from ear to ear when walking out from the ward, as its the first time I saw the surgeon laughed.

Kadang, bahagia juga bila tengok orang yang tak pernah senyum pun ketawa.





Sunday, 13 December 2015

Definition


Everything must be defined clearly.

" What is hernia? "

" Protrusion of viscus through abdominal opening due to weakness of muscle Dr. ? "

" Try to protrude your tongue ? "

* Then, the student protruded her tongue *

Dr replied, " Does it mean that you have hernia? "

No.

So your definition is wrong.

Miahahaha.

True definition :  A SAC containing part or whole of a viscus protruding through a normal or abnormal opening in the walls of the containing cavity.

Its just a word. Banyak  lagi. Sendu betul depa kata nak jadi doktor boleh gugel saja.

Definition pun selalu salah. Wakakaka.

Ada one time tu, Dr tanya : What is urine?

Gua dah, hah? DIA TANYA URINE?

Basic gila kot. Tu pun tak terjawab.

Kalau dia tanya causes of urinary retention ka, hematuria ka, boleh la sikit-sikit jawab.

Ini dia tanya, What is URINE?

Wakakakaka. Terkebil kan? Mana nak ingat benda basic. TSK.





Monday, 30 November 2015

Childish

Exam is just around the corner.

Banyak tak tahu.

Routine hidup.

Pagi sampai tgh hari pergi hospital.

Petang pukul 2 ada seminar / pbl. Habis sometimes pukul 5.00 petang.

6.45 petang lepas magrib pergi hospital balik.

Balik hospital. Penat. Tidur. .

Aku tak baca buku pun. Tak larat. Orang lain pun penat jugak. Tapi depa baca buku lepas balik hospital. Aku tidoq. So, to be honest, aku mengaku, aku malas. Tak rajin macam kengkawan lain. Sedih kan. Al fatihah untuk diri sendiri.

So banyak sangat tak tahu, rasa bodoh je selalu.

Kalau tak tahu, Dr akan tanya, " What? You don't know? Why you don't know? You think you don't have to know " HAHAHA.

Part paling epik dan sendu sekali, bila doktor tanya sorang-sorang causes of a symptom. For example, what are the causes of UGIH?

1. Bleeding peptic ulcer
2. Gastric erosion.
3. Oesophageal varices
4. Gastric carcinoma
5. Oesophageal carcinoma
6. Mallory Weiss Tear
7. Kena dekat hang !! Miahahahaha !!

Then kau duduk tepi sekali, then kawan-kawan semua dah bagi causes yang semua hang dah tau. So dah tak ada apa lagi dah. Bila dr tanya, terkebil-kebil. " Oh TIDAK ! Depa dah ambik jawapan aku !! "

Sendu kan?





Sunday, 22 November 2015

Home is where my heart is :)



Bismillah.


Some people ever asked me, ' Eh kerapnya balik, cuti seminggu pun, tiket flight mahal, tak rasa habis duit ke?' To be honest, this kind of question sometimes hurt me unless depa tanya baik-baik dan sekadar bertanya. Kalau tak, memang rasa offended. Kalau boleh, tiap-tiap hari pun nak balik. For me, cost and worth are two different things. Mak has achieved the title of ' senior citizen ' since last year and Ayah will hold that title next year. It's so sad seeing our parents getting old and realising that our time with them is so precious. Alhamdulillah, I am glad that my parents are still around. Kerana dengan mereka adanya rahmat Tuhan. It has been stated in a Hadith that the Holy Prophet said:

“There are three such people whose Dua's are accepted instantly:


1) The dua of an oppressed person.

2) The dua of a traveller.

3) A mother's Dua for her child.


May Allah give my parents a long life, good health and always keep them under the shade of His Mercy & Protection. Allahumma ameen.

Deep down, tatkala satanism penuh dalam diri, nak saja reply, " eh bang, all this while, saya balik bayar flight tickets, fees, etc tak kacau duit hang pun. So nak ribut kenapa? Ironi sungguh ". Sungguh, diam itu lebih baik.

If you haven't walked a mile in my shoes, then sit down and SHUT UP.
Mak, my best comforter.



Saturday, 7 November 2015

Pucuk dicita, ulam mendatang

Salam.

Hari aku nak balik Penang, masa transit dekat KLIA, patutnya aku ke gate J, then tersalah ke gate K, pastu bila dah notice tersalah pintu, rasa mcm ' Oh bestnya if naik buggy '.

Tak sampai seminit, tetiba org bawak buggy offer naik. Dia hantar sampai depan pintu. Wakakaka.

Terima kasih Allah.

Dia maha tahu sesungguhnya aku penat.

Pagi kelas. Tengah hari flight. Transit then flight delay. Semalam berkampung dekat hospital.

Hahah. Cool cool.

Tetiba teringat Egypt, sebab benda macam ni selalu berlaku dekat sana.

Nak exam rasa down, tetiba dapat mesej dari naqibah " Faiza azamta fatawakkal alallah ".

Terasa nak makan coklat, then roommate cakap. " fani, nah coklat ".

Rasa lapar, then ada kawan ajak pergi makan.

Tak lafaz pun dekat depa nak semua tu, tapi sungguh, Allah tahu, dan dia tolong dengan orang yang dekat dengan kita.

Rindunya bumi barakah.

Ku titip doa, moga kalian di sana baik-baik saja.

Allahumma ameen.

Jakunism

Coret- Coret. 

Masa balik rumah, gua pi kedai spec, pastu pak cik kedai spec offer gula-gula. 

Gua pun masukkan 4 biji Hudson dalam poket.

Mak pun kata, ' eh, dok buat keja jakun masuk gula-gula dalam poket pulak '.

Betul lah tindakan gua.

Tak rasa nak makan, tapau la kan? 

Sometimes, banyak benda yang aku tak tahu as normal person untuk mentaati normal things yang normal individu buat. 

Persepsi individu, mak kata perangai aku maybe jakun. Aku kata aku orang yang jimat.

Wehehehe. 


Akhlak

People will never forget how you made them feel. Whats the point of being able to forgive when deep down you had never forget?

Forgive seems like an easy thing to do but its not so easy when you try in real life. So don't treat others like shit because what goes around comes around.

Bear in mind, you are not the prettiest nor the smartest.

So, tak rugi if tunduk sikit pada tanah dan cakap elok-elok. 

“Sebaik-baik kalian islamnya adalah yang paling baik akhlak jika mereka menuntut ilmu.” Hadits riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 3312)

Kerja Tuhan

Tin kosong memang selalu berbunyi. 

Defence mechanism atas nama agama dan tarbiyyah memang berdozen. 


Tapi yang lawaknya, bila buat status, satu Malaysia boleh assume dia nak tuju status untuk siapa. 


Well, 


Kakak seagama, 


Mari tunjukkan kasih sayang Tuhan untuk manusia.


Pujian seorang ibu untuk kejayaan anak tak sepatutnya menjadi issue pun. 


Kebanggaan kita ada rakyat Msia yang cemerlang, yang one day boleh contribute brilliant ideas dlm bidang academic tak jadi kesalahan pun. 


Takkan hanya kerana dia tak bertudung, terus, keluar status ' Tak ada apa nak di banggakan pun, kalau tudung pun tak pakai. Tak ada benda nak dibanggakan pun kalau jauh dari Tuhan'. 


Period (=_=) DON'T BE SUCH A HURRY TO CONDEMN A PERSON. Maybe one day, Allah tarik nikmat apa yang kita tahu hari ni. 


Kadang, baca buku agama sikit pun rasa hebat dah. Dah ada dalam usrah, dah rasa  terkedepan dari orang lain dah. Hanya dengan rasa dia tak buat apa yang kita buat as Muslim, kita rasa ada hak untuk condemn orang. 


Lupa agaknya, pasal rahmat Tuhan yang asa di mana-mana. 


Tengok orang dengan pandangan rahmat dan kasih sayang tak boleh ke, kak? 


For me, wearing the hijab doesnt make us a practicing Muslim. 


Not wearing hijab doesn't send us to hell, just as wearing it doesn't send us to heaven, it is not the key to Jannah.


Ada kisah, perempuan berzina yang bagi anjing minum masuk syurga. 


Ada kisah, perempuan yang x buat dosa tapi cuma biarkan kucing lapar sampai mati masuk neraka. 


Bukan kita yang tentukan final destination. 


There are people who pray for show off, who wear hijab for show off, who fast ramadan for show off, who give money to the poor for show off, who do hajj for show off, they are following the principles of islam, but not in their heart, and there are people who might not wear hijab, but they do good in silence and with heart, which actually makes them better Muslims. 


We shouldn't focus on material things to define us but our actions.

Tuesday, 1 September 2015

Tough

Tough year.

Physically tired, mentally tortured.

Stalking old friends on social media, yes, they have good life, some of them dah kahwin pun.

Telling myself, its a long way to go. Just keep moving as the beautiful smiles will emerge after painful tears. Its as if the rainbow appears after rain, kan?

Balik dari operation theatre, rasa macam, susahnya nak jadi doctor.

Banyaknya nak kena study.

Tak tahu banyak benda.

Oh Cik Patin, berhenti kejap jadi chronic complainer boleh?

May Allah ease. Biiznillah.