Bismillahirrahmanirrahim..
Sindrom kalih isu.
Aku suka satu post berkenaan sindrom kalih isu.
'Bro,Kedberi haram'
Dibalasnya ke kita : 'Tak solat pun haram.Tak puasa pun haram.Tengok
balik ibadah kita.Guna sistem konvensional itu haram.Rokok itu
haram.Riba itu haram.Bla..bla..bla..bla..HARAM.HARAM.HARAM.MELAYU lagi takut BABI dari Tuhan.Eh??'
Macam machine gun dia hambur sembur semua haram..Betul.Semua itu haram.Semua
itu dah nampak mmg jelas keharamannya.Perkara pokok,educate org.Isu
tersebut semua dah clear HARAM,so bila org pilih jugak,maka itu option
mereka.Salah satu yang menjadi isu apabila yang haram tapi produk
berstatus halal,maka sudah semestinya masyarakat marah dengan penipuan
yang berlaku.Wajarlah mereka marah,isu makanan yang akan membentuk darah
daging,seterusnya menjadi suatu titik perubahan pada perkembangan
jasad.Bila masyarakat cakna isu sebesar ini,marah,para dae
romantis,mengsarkaskan pula kata2 masyarakat,dengan membuat perbandingan
yang pelik2,dengan mempersoalkan lagi isu2 lain.Sungguh ironi apabila
murobbi mengajak kita cakna isu yang ummah,isu makanan,pendidikan,isu
jihad palestin,syria,rohingya,tapi bila timbul isu ditempat
sendiri,kumpulan ini menghambur kata2 sarkastiknya banyak juga.
Terfikir?Jika tak ada satu orang pun cakna isu ini,tak ada seorang pun
untuk membela hak muslim,maka adakah para dae romantis akan berkata2
seperti ini pula,
''Dah parah dah masyarakat kita.Isu besar
halal haram cekelat kedberi tu tak ada siapa peduli pun,semua dah
kenyang telan agaknya sampai hati pun dah kelam''.
Aku sangat
yakin para dae romantis akan berkata seperti itu.Bila masyarakat cakna
dikata-kata nya.Bila tak cakna dikata juga.Maka peranan dae untuk
educate masyarakat kembali ke Tuhan,atas prinsip apa?Menulis untuk
mendapat banyak like?Menulis lepas sekadar membaca?Berpegang teguh
dengan prinsip tak boleh menegur para doctor,IR yang profesional yang
berideologi pelik,membuat perbandingan pelik2 atas alasan kita berada
dalam jamaah yang sama?
Ironi much.Cultural islamist tak cukup tanah.
Berada dalam usrah patutnya lebih mengajar bahawa Islam itu rahmatan
lil alamin,tak ada prejudisnya sana sini seperti adanya prejudis,pada
orang tak tutup aurat,siapa saja bebas memberi pandangan,islam anjurkan
keterbukaan,dan lebih mengajar pada asas perubahan kerana Islam tu
ajarnya erti berkasih sayang,dia spread atas dasar cinta pada
Tuhan,asasnya aqidah,tak ada sarkasnya sana sini.
Seharusnya kita bersama.
Kita bersatu atas sesuatu isu.
Berada dalam jamaah bukan bermaksud menyokong apa saja orang atasan,tapi patutnya meng stimulate pemikiran.
Jangan tanya kenapa masyarakat hancur one day,if kita sendiri selalu
menutur ideologi yang buat masyarakat rasa salah nak tegur apa
saja.Perbandingan yang tak kena gaya.Makanya nanti,orang pun berpandangan baik lah diam saja.
Kalau rasa berbeza pandangan,nak disalahkan aku,maka aku yang salah.
But I won't make an apology for being who I am.
I stand on what I believe in.
Tak payah tanya aku usrah mana.
Sebab tak ada kena mengena.
Jamaah mana.Kesalahan terletak atas diri aku sendiri.
Aku mak jemah.Iman tak tera mana tapi ada rasa nak tulis.
=Masih lemah iman.Ukhti pakai jin.Tak pakai jubah yang indah=