Wednesday 28 May 2014

KhinziroPHOBIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sindrom kalih isu.

Aku suka satu post berkenaan sindrom kalih isu.

'Bro,Kedberi haram'

Dibalasnya ke kita : 'Tak solat pun haram.Tak puasa pun haram.Tengok balik ibadah kita.Guna sistem konvensional itu haram.Rokok itu haram.Riba itu haram.Bla..bla..bla..bla..HARAM.HARAM.HARAM.MELAYU lagi takut BABI dari Tuhan.Eh??'

Macam machine gun dia hambur sembur semua haram..Betul.Semua itu haram.Semua itu dah nampak mmg jelas keharamannya.Perkara pokok,educate org.Isu tersebut semua dah clear HARAM,so bila org pilih jugak,maka itu option mereka.Salah satu yang menjadi isu apabila yang haram tapi produk berstatus halal,maka sudah semestinya masyarakat marah dengan penipuan yang berlaku.Wajarlah mereka marah,isu makanan yang akan membentuk darah daging,seterusnya menjadi suatu titik perubahan pada perkembangan jasad.Bila masyarakat cakna isu sebesar ini,marah,para dae romantis,mengsarkaskan pula kata2 masyarakat,dengan membuat perbandingan yang pelik2,dengan mempersoalkan lagi isu2 lain.Sungguh ironi apabila murobbi mengajak kita cakna isu yang ummah,isu makanan,pendidikan,isu jihad palestin,syria,rohingya,tapi bila timbul isu ditempat sendiri,kumpulan ini menghambur kata2 sarkastiknya banyak juga.

Terfikir?Jika tak ada satu orang pun cakna isu ini,tak ada seorang pun untuk membela hak muslim,maka adakah para dae romantis akan berkata2 seperti ini pula,

''Dah parah dah masyarakat kita.Isu besar halal haram cekelat kedberi tu tak ada siapa peduli pun,semua dah kenyang telan agaknya sampai hati pun dah kelam''.

Aku sangat yakin para dae romantis akan berkata seperti itu.Bila masyarakat cakna dikata-kata nya.Bila tak cakna dikata juga.Maka peranan dae untuk educate masyarakat kembali ke Tuhan,atas prinsip apa?Menulis untuk mendapat banyak like?Menulis lepas sekadar membaca?Berpegang teguh dengan prinsip tak boleh menegur para doctor,IR yang profesional yang berideologi pelik,membuat perbandingan pelik2 atas alasan kita berada dalam jamaah yang sama?

Ironi much.Cultural islamist tak cukup tanah.

Berada dalam usrah patutnya lebih mengajar bahawa Islam itu rahmatan lil alamin,tak ada prejudisnya sana sini seperti adanya prejudis,pada orang tak tutup aurat,siapa saja bebas memberi pandangan,islam anjurkan keterbukaan,dan lebih mengajar pada asas perubahan kerana Islam tu ajarnya erti berkasih sayang,dia spread atas dasar cinta pada Tuhan,asasnya aqidah,tak ada sarkasnya sana sini.

Seharusnya kita bersama.

Kita bersatu atas sesuatu isu.

Berada dalam jamaah bukan bermaksud menyokong apa saja orang atasan,tapi patutnya meng stimulate pemikiran.

Jangan tanya kenapa masyarakat hancur one day,if kita sendiri selalu menutur ideologi yang buat masyarakat rasa salah nak tegur apa saja.Perbandingan yang tak kena gaya.Makanya nanti,orang pun berpandangan baik lah diam saja.

Kalau rasa berbeza pandangan,nak disalahkan aku,maka aku yang salah. 


But I won't make an apology for being who I am. 

I stand on what I believe in.

Tak payah tanya aku usrah mana. 


Sebab tak ada kena mengena.


Jamaah mana.Kesalahan terletak atas diri aku sendiri.

Aku mak jemah.Iman tak tera mana tapi ada rasa nak tulis. 


=Masih lemah iman.Ukhti pakai jin.Tak pakai jubah yang indah=


2 comments:

  1. Mantop. I loike...:)

    Asas islam. Aqidah. Aqidah bermula pada diri. Pada hati. Hati yg penuh.dgn.cinta sang Rabbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly ..

      Rasa cinta pada Creator,tu yang ada sense of completeness dalam hidup.

      Delete