Wednesday 24 December 2014

Of Usrah,Gediks,Ikhtilat


 Bismillahirrahmanirrahim. 

Entry sensitif.Orang sebenarnya yang sensitif,isu tak pernah sensitif.Sori (-.-)

I am expressing this from the bottom of my heart. I am sorry to say but its so irony when you go to usrah, tadabbur sikit, baca sirah sikit, kupas tak dalam mana, sentuh buku Jom sikit, lepas itu ada selit-selit sembang pasal jejaka Bait Muslim, ustaz ini hensem, ustaz itu hensem, dr yang bagi tazkirah itu layak jadi suami soleh, isi borang itu borang ini, boleh mintak ciri pilihan dan sebagainya, nak sama jemaah etc. Hakak naqibah itu suaminya sweet, and start chatting among you "alangkah bahagianya dapat suami macam itu suaminya naqibah si polan dan polan". Lepas it makan- makan sikit, cium cium pipi sikit, pastu balik dengan bahagia, "kita berusah fillah kerana Allah taala, sakitnya ukhti, sakit jugalah ana".  For me, imagination yang x kena gaya. Even though Albert Einstein once pernah kata " Imagination is better than knowledge " tapi please this kind of saying cannot be applied in Usrah.Because imagination of your future tulang rusuk kiri don't lead you to the essential knowledge that you should know. I know that everyone has the fitrah of finding the life partner. Tapi berpada-padalah. Usrah yang gedik sekadar menyanyi sanah helwah dan bawa birthday kek sebesar katil aku rasa tidak termasuk dalam step nak mencapai ustaziatul alam sbb nak sebar Islam seluruh alam kehotak kau kalau ilmu kau sekadar main 'play hide and seek'.

Bila anak usrah tanya , "Akak,apa hukum tak tutup dagu masa solat? Contohnya x pakai telekung, pakai tudung saja, tapi tutup dada, tutup tangan. " Tak tahu jawab, end up jawab mcm ni saja "Ada byk khilaf,tapi sekadar yang akak tahu boleh".Dalil x ada,sumber tak ada,jawapannya boleh saja.

Anak usrah lain tanya :

"Akak,apa hebatnya Ahmad Deedat bila dia dapat convince most of non muslims to Muslim?"

"Akak, kenapa Tariq Ramadan orang lebel dia liberal?Salman Al Farisi siapa?Macam mana kisah hidup dia?"

"Akak, apa beza usrah akak dengan usrah under jamaah lain?" - Sensitif- Full stop.

"Akak,kenapa orang tak suka Khomeini?Kenapa zaman Revolusi Islam, saat itu ramai orang kenal Islam? Iran Syiah.Macam mana Islam di Spain dulu kak?Kenapa Cardova hanya tinggal sejarah,kenapa Uthmaniyah boleh runtuh, "

"Syiah tu apa kak, Salafi itu apa? Tariqat itu apa? Muktazilah itu apa? Golongan ASWJ apa pulak dah? Wahabi apa?Bidaah apa ,"

Jawapan : Err nanti akak cari.Syiah itu yang solat letak batu dekat kepala.Sekarang ramai org Syiah,berhati2 lah.Tariq Ramadan itu sapa?Oh tak tahu lah.Ahmat Deedat?Khomeini?Hukum?Nanti akak cari. Pasal spain,pasal uthmaniyah,itu kena ikut akak pergi daurah ISK nnti ye.Panjanggggggggggggggggggg ceritanya.

I am not against this kind of people.But sometimes when I listen answer macam ni,aku rasa nak lempang.Aku x expect kau baca semua buku yang aku tulis kat atas,aku tak expect kau tahu semua,tapi bila buang masa cerita benda tak sepatutnya dan anak usrah pening kepala dgn pelbagai persoalan sbb kurangnya ilmu kau,itu satu masalah.Aku percaya dalam usrah ada modul yang mana cantik sekali digubal oleh manusia pilihan, tetapi kemalasan dan ketidakupayaan untuk digest,selain pelupa sbb asyik main isu merepek,buat gerakan islam macam hampeh.Lepas itu,alih2 main isu : Ikhtilat,Pakaian,Bash orang tak tutup aurat,buat poster sarkastik,main isu tulang rusuk,couple haram,itu haram,boycott israel,tengok movie lagha,dengar music haram.Yang ada : X boleh itu,tak boleh ini,haram itu, haram ini.

Nak cakap ilmiah tak mampu.Tak mampu nak cerita pun bagaimana Jurussalem menjadi kawasan Israel.Tak cerita pun Gaza kat mana,Tebing barat kat mana,Perjanjian Arab Israel,Deklarasi Balfour.Suruh boycott,tapi tak tahu punca.Bila ditanya,suruh pergi daurah,tapi kita sendiri pun tak ingat sirah apatah lagi sejarah.Ayat senang nak lepas diri kah?

Sentuh ikhtilat, you give advice to others to not ber ikhtilat. What is the definition of ikhtilat actually? To not even msg guys for too long etc even though they are your old friends? Lemme clarify some things.I am not an ustazah, or frequent daurah, mabid, mukhayyam goer.But please, sometimes you need to put yourselfin others' shoes.Perhaps they have something to talk to guys, and maybe they need to seek  for help from them. Mungkin jugak sbb guys yang dia tanya adalah senior yang mampu menjawab persoalan dia daripada kau yang tak mampu.

Ikhtilat,"matlamat tak menghalalkan cara".Then make yourself wise,yang mampu bagi ilmu instead of fikir cakap dengan lelaki jatuh cinta dan berzina !" If you find yourself stupid, then find a way to learn.

Now I am asking you, " what sort of mentality do you have when you exaggeratedly talking about guys in the same jemaah, nak kawin etc then you prevent others from seeking help from guys,talking to guys for valid reasons,skeptically curse them for tak jaga ikhtilat?"

Back in Egypt, kita tak adalah restricted sangat sampai nak pandang lelaki pun x boleh.Ada big event,ikhwah tolong masak.Akhawat arrange program apa.Ber interaksi jugak.Kita ada sistem musyrif lagi baq hang,if ada urgent thing then boleh mintak guys teman. If you are so strict, then why don't you say "Kenapa nak bawak lelaki,ajak je lah pompuan berbondong2 teman". Come on, aku bukan nak ajak hang sporting, excessive sporting may transgress the bounds that Allah create tapi jangan lah poyo sangat.

Lemme clarify.Kau tengok lipas pun menjerit macam halilintar,then kau nak jadi muslimah versi lelaki yang boleh protect seluruh wanita sekalian alam.

Damn.

Banyak benda,banyak cara,tak kena gaya,rosak jiwa.

Lu pikir lah sendiri.Jgn skeptik sangat buat manusia yang belum berusrah dan belum berubah.Arah tak jumpa sbb dia suka jamming,tapi hang kata jamming haram.Hang x bagi dia berikhtilat,tengok lelaki pun x boleh,nak buat macam mana,dia khunsa.Kau tak tunjuk arah,tak pegang tangan pun buat mereka yang berubah,macam mana?

Apa kata duduk, sembang, sekali sekala tukar gaya macam depa.

Baru hang tau depa macam mana. Mana boleh hang pukul sama rata manusia yang x sama background.

Ok.tengs,bai.Kalau tak jumpa punca entry ini pasal apa,kau mesej abang kau lepas baca chapter controversial intellectual atau any books yang kau nak baca.Make sure buku ilmiah.Cakap dengan muslimah depan kau.Tunjuk content msg kau.Berlakon I,U tapi tak ada sayang-sayang.Kompem kau kena tazkirah panjang pasal ikhtilat.Lepas itu,hang cabut.
 

Berusrah.Yang pastinya bukan naqibah.Jeans slim cut.Tak Qowey.Sayang naqibah kat Ijip dulu ketat2.Hiks.Orang kata budak Mesir kerja cerita BM saja,tapi naqibah aku cool.Dia cakap benda ilmiah saja.2nd usrah dulu aku ingat lagi,dia bagi salasilah riwayat Rasulullah suruh salin tampal kat dinding which sooooooooooooooooo ohsem.Ada kawan lain yang dulunya x pakai tudung,rambut perang buat Medik kat Mesir,naqibah dia tak cakap langsung pasal pakaian.Dia berubah ke pakai tudung,bukan sikit-sikit.Tutup lengan,tutup semua.Kenapa?

Lu pikir lah sendiri.

Pikir sendiri tak ada jawapan? 

Nah,sebabnya first naqibah dia tak psycho.Dia bagi sentuh hati, pakai tauhid, ilmu ketuhanan versi best, bagi ilmu aqidah, bagi ilmu adab sikit. Tapi tak poyo. 

Sentuh hati,bukan brainwash.

Monday 27 October 2014

Demo dan Domo ! Demonstrasi

Domo berkata : Gua tahu kita perlu menentang kediktatoran.Tapi pernah sekali kita terlintas,apa sumbangan kita pada negara jika kita hanya pandai buat demo?Gua domo.Gua tak suka demo.
Ohiooo !


Ini bukan entry ilmiah.
Boleh pergi jika tak mahu buang masa.
Hanya sekadar thought picisan dari budak kerek pakai jeans slim cut tapi tak cukup skinny.

Demonstrasi.Up to what extent do you agree?

Ini tak ada kena mengena dengan Anwar datang UM malam ini.

Pfftt.

Aku agree jika demo adalah yang terkawal,sudah dapat permit dari pihak berkuasa dan bukan berkaitan dengan hasutan.Contohnya,demonstrasi di hadapan kedutaan Israel sebagai protes kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Demonstrasi.Sejujurnya antara benda yang aku menyampah dan aku rasa ianya sampah.Years ago,aku rasa mahasiswa yang join demonstrasi gah.Paling tak boleh belah,those yang join demo anti amerika,bakar bendera US masa demonstrasi and end up pergi sambut US independence day and proudly upload pic on facebook.Macam lalang.Kah.Kah.Kah.Dulu aku rasa pendemo adalah hero,suara anak muda untuk nyatakan protes dan pandangan rakyat yang ditindas kerana korupsi,kroni pemerintah dan diktator.Tapi itu dulu.Zaman jahil rasa Adam Adli itu cooool.Tapi haremmmm.Aku sempat rasa dua tahun di Ijip.Sempatlah jugak bersama Egypt revolution,Saurah Morsi yang mana kebakaran berlaku di mana-mana,seluruh uni diarah tutup,duit terbang melayang beribu-ribu burn macam itu sahaja sebab exam tunda,aku sempat baca dan meneliti dari jauh juga saurah di Syria.Masa kat sana banyak kempen2 dan sirah yang persatuan perubatan buat untuk mengingati Saurah Syria.Demo yng korbankan ribuan nyawa.Demo dan demo.

Sampai suatu masa,aku mula sedar,demo dan demo bukan solusi terbaik.

Jika negara bermula dengan demo akan berakhir dengan demo.Teringat Sheikh Ali Jumuah kata,jangan lawan pemerintah,Lepas itu ramai yang tuduh beliau sebagai ulama' yang kaki puji kerajaan,ulama' pro kudeta dan sebagainya.Hakikatnya apa?Sebab beliau tak mahu berlakunya pertumpahan darah.Rabaah.Ribuan terkorban.Bila mana sesuatu negara itu tidak stabil,ulama' sedar bahawa nyawa umat Islam yang perlu diutamakan.Dr Syeikh Yusri kata,demo berbulan lamanya,menyekat ekonomi masyarakat,sekat periuk nasi orang.Betapa ramai lagi rakyat yang perlu keluar bekerja dan mencari nafkah untuk anak dan isteri mereka?Block jalan raya dan sebagainya.Di Syria,Sheikh Dr Muhammad Ramadan Buti juga dituduh pro Basyar.Beliau syahid di dalam masjid tengah mengajar Quran.Syahid yang mulia.Padan muka hangpa yang asyik kaki demo dan hina ulama' dengan hanya pandangan emosi.Bacalah buku,bukan pergi usrah saja,lepas itu bila murabbi sangat pro Morsi,anda pun ikut sama berjuang dengan emosi.Kutuk ulama' sana sini.Lepas itu,tulis artikel demo menentang kudeta.

Banyak lagi yang kita perlu fikir bila berdemo.

Gua takkan pernah sokong demo.



Sheikh Dr Ramadan Buti.Aku tau ramai yang tahu concert Mariah Carey,apa kata sekali sekala baca Fiqh Sirah Al Buti?


Kami tak mau bayaq PTPTpu.Kami nak pendidikan percuma.Tapi duit kami dah guna.Yahooo ! 




  



Saturday 20 September 2014

Drama

Status picisan :

Biasalah.Pre exam Syndrome.

Sem 3,macam biasa kena daftar subjek Generic and Elective.

Tak cukup credit , tak boleh grad.

Huahuahua.

The only option that I have for the elective subject.

Drama dan Teater.

Ekeceli ada 3.Business,Healthy Lifestyle and Drama.

Tapi aku dah x boleh ambil business sbb last sem dah ambil,healthy lifestyle memang tak lah.

Sebab ada cheers kena menari.

So last,nak tak nak kena ambil jugak lah drama.

Sobssssssss.

So,adalah jugak terfikir terkena berlakon ke apa.

Dah berangan nak jadi artis dan bajet retis dah.

Baru semalam mimpi berlakon Narnia dengan Aslan n Prince Caspian.

*Hakhakhak.Haktuih*

So 1st class masuk,

Definition of theatre?Guano bermulanya wayang dalam masyarakat Tanah Melayu?How these changes happen in the community?

Slides,buku,exam fully in Malay language.

Tapi lecturer translate slide dalam bahasa melayu jadi omputih.

Aku harian kenapa nak cakap omputih pulak bila exam,notes semua dalam bahasa Melayu?

Tapi tak pe lah,suka hati dialah.

Rupanya,subjek ni belajar sejarah rupanya.

Kena beli buku *Pementasan Bangsawan* lagi T_T.

Baru nak photostat,tapi lecturer dan warning,"Melanggar etika".

Okais.Okais.Melayang 50 hengget.

Eheh,dramatik pulak.

First time aku masuk auditorium yang wall semua dicat warna hitam,lampu malap hanya dua yang terpasang.

Fakulti Seni memang unik dan penuh nilai estetika.

Phew.



Sunday 14 September 2014

Relationship

Had a conversation with a friend of mine.

"Hang tak paham,aku rasa sunyi,aku rasa nak kawin lah.Hahaha.Gaji ada,rumah dah ada,kereta dah ada.Balik kerja penat,aku dok tengok tv ja.Last tv jugak yang tengok aku.Makan nasi kedai hari-hari.Bosan lah."

"Hahahahaha.Hang ni poyo lah.Rilek lah brader.Banyak lagi benda boleh buat.Tapi kalau rasa dah mampu apa semua,hang kawin lah".

But deep in my heart,I wanna say to you.Bro,if you want to get married just because you feel empty,and you expect your future spouse to fulfill your feeling of emptiness,just forget it.

Expectation,may be a fatal mistake.

Expectation,bila letak pada manusia.Takkan ke mana.

Biar Tuhan,letakkan hala tuju,relationship ke mana.

Jangan tergesa-gesa,tengok kawan sejawat semua sudah kahwin,so rasa nak kahwin juga.

Marriage,is not a game.

Jangan letak pengharapan pada manusia.Letak pada Tuhan.

Moga dia tunjuk jalan.Moga kau diberi jalan bahagia berbait muslim kawan !

Monday 8 September 2014

May Allah Ease

Feeling so uncomfortable lately.

Thinking of something that should not be thought.

Time flies so fast.

May Allah give us a way out whenever we feel trapped by life,hardships and sadness.

Emotion.

I don't want you to control my life.

Thinking of something again and again.

"Hidup tak lama.Cuma kita dengan Tuhan".

There are times when I feel like I wanna be myself.

I hate saying sorry for being myself.

But I have to,I don't wanna be rude.

I speak what I wanna speak.

Nobody loves me as my Mom does.

But at the age 21,I can't keep this feeling and follow all your decisions anymore.

I need to speak out what I want in my life.

This is my life.

Please give me space to dictate it on my own.

Allah teaches me don't depend on people,don't depend on myself.

Depend on Him.

I don't want to be a rebellous person.

Guide me.

One day,I will go back to my origin.

Ultimate purpose of life,jumpa Tuhan.

May everyone forgive all my sins.

I am sorry.

Truly sorry.

Sorry.





Thursday 4 September 2014

Hope and Broken

Someone ever told me one thing.

Treat others well. Help people in need if you are able to do so. That time, I was like 'Amende hang? Common gila ayat. Petik buku esei ke brader? Hahahahaha. 'Ngek.'

That person put a smiley icon, and we just continue our conversation as usual which is full of stupid jokes.

As time flies, I meet lots of people who come from different family background, have different mentality and perception. The way we think, believe and how we react on certain issues might be so much different. I realize that to cope with others is not an easy thing. We might hurt others, and others might hurt us too. Even a simple thing can give a very big impact on us. Simple thing that can hurt us for days, months and even years.

' Treat others well '

Words, that keep ringing in my mind, to treat others well, and to forget of how bad you have been treated by that person.

Help others even if they ever refused to help you. Don't blame.

''Hidup mudah kalau kita tak simpan. Mintak tolong, if dia tak nak tolong tak apalah. Buat macam biasa. Kita mintak, itu hak dia nak tolong atau tidak. Susah kalau kita ingat kebaikan kita saja. Live and be a good girl ''

Meaningful. Thank you.

Exam is Something.Good Luck :)

Bismillahirrahmanirrahim

Wishing all the best to UPSR candidates :)

I still remember that poyos day when I did not get straight As in UPSR.I cried like hell,slammed the door upon reaching home,locked myself in the room for hours and did not go out for almost one week.Heart-broken.I did ask permission from mak to re-check the paper and mak said 'Upsr je pun.Usaha lagi.Bukan rezeki.Banyak lagi exam.Rilek lah'.A B in exam slip was a horrible nightmare to me.

Fine.Fine.

I took an extra subject in PMR just for the sake of revenge.9 subjects instead of 8.

Poyos.Poyos.

Zaman tak paham lagi definition and the importance of education.

But exam is something.Can't deny that its very important especially in Malaysia.So I never forget to say Good Luck to all exam candidates ! 


To say that :

'upsr bukan ada apa pun' is not a good thing'.

' PMR and SPM is just a slip ' bukan apa-apa when you tell other people especially excellent students,for me,its a big humiliation for them.They do make efforts and show their responsiblity to achieve their dreams.I know your intention might be good,to persuade those who do not perform well in the exam for not giving up in life,but the way you express it,is wrong.

Yes,maybe there are lots of great people out there who are rich,well respected,tak pass pun upsr,spm,but itu mereka.For me,you have to try,because what else we can do since our education system is like this?

Its like a classroom which consists of monyet,gajah,kura2,ikan and the ultimate goal is to climb a tree.

But just try.Try.Try.You can do it.


Susah untuk ubah sistem dan menyenangkan hati semua pihak.

Yang atas terus menjadikan kita sebagai white mice,yang boleh dipatahkan tengkuk tanpa menggunakan chloroform, diambil ileum dan ditest sama ada menjadi atau tidak experiment mereka.

Pedih.Sakit.Tapi kita tak boleh layan itu semua dengan hanya sebuah demonstrasi dan riot jalanan yang menjadi fashion saban tahun.

Tuesday 2 September 2014

Relax

Take a deep breath and relax.

Plug in your headphones and let the world around you fade away.


Wednesday 28 May 2014

KhinziroPHOBIA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sindrom kalih isu.

Aku suka satu post berkenaan sindrom kalih isu.

'Bro,Kedberi haram'

Dibalasnya ke kita : 'Tak solat pun haram.Tak puasa pun haram.Tengok balik ibadah kita.Guna sistem konvensional itu haram.Rokok itu haram.Riba itu haram.Bla..bla..bla..bla..HARAM.HARAM.HARAM.MELAYU lagi takut BABI dari Tuhan.Eh??'

Macam machine gun dia hambur sembur semua haram..Betul.Semua itu haram.Semua itu dah nampak mmg jelas keharamannya.Perkara pokok,educate org.Isu tersebut semua dah clear HARAM,so bila org pilih jugak,maka itu option mereka.Salah satu yang menjadi isu apabila yang haram tapi produk berstatus halal,maka sudah semestinya masyarakat marah dengan penipuan yang berlaku.Wajarlah mereka marah,isu makanan yang akan membentuk darah daging,seterusnya menjadi suatu titik perubahan pada perkembangan jasad.Bila masyarakat cakna isu sebesar ini,marah,para dae romantis,mengsarkaskan pula kata2 masyarakat,dengan membuat perbandingan yang pelik2,dengan mempersoalkan lagi isu2 lain.Sungguh ironi apabila murobbi mengajak kita cakna isu yang ummah,isu makanan,pendidikan,isu jihad palestin,syria,rohingya,tapi bila timbul isu ditempat sendiri,kumpulan ini menghambur kata2 sarkastiknya banyak juga.

Terfikir?Jika tak ada satu orang pun cakna isu ini,tak ada seorang pun untuk membela hak muslim,maka adakah para dae romantis akan berkata2 seperti ini pula,

''Dah parah dah masyarakat kita.Isu besar halal haram cekelat kedberi tu tak ada siapa peduli pun,semua dah kenyang telan agaknya sampai hati pun dah kelam''.

Aku sangat yakin para dae romantis akan berkata seperti itu.Bila masyarakat cakna dikata-kata nya.Bila tak cakna dikata juga.Maka peranan dae untuk educate masyarakat kembali ke Tuhan,atas prinsip apa?Menulis untuk mendapat banyak like?Menulis lepas sekadar membaca?Berpegang teguh dengan prinsip tak boleh menegur para doctor,IR yang profesional yang berideologi pelik,membuat perbandingan pelik2 atas alasan kita berada dalam jamaah yang sama?

Ironi much.Cultural islamist tak cukup tanah.

Berada dalam usrah patutnya lebih mengajar bahawa Islam itu rahmatan lil alamin,tak ada prejudisnya sana sini seperti adanya prejudis,pada orang tak tutup aurat,siapa saja bebas memberi pandangan,islam anjurkan keterbukaan,dan lebih mengajar pada asas perubahan kerana Islam tu ajarnya erti berkasih sayang,dia spread atas dasar cinta pada Tuhan,asasnya aqidah,tak ada sarkasnya sana sini.

Seharusnya kita bersama.

Kita bersatu atas sesuatu isu.

Berada dalam jamaah bukan bermaksud menyokong apa saja orang atasan,tapi patutnya meng stimulate pemikiran.

Jangan tanya kenapa masyarakat hancur one day,if kita sendiri selalu menutur ideologi yang buat masyarakat rasa salah nak tegur apa saja.Perbandingan yang tak kena gaya.Makanya nanti,orang pun berpandangan baik lah diam saja.

Kalau rasa berbeza pandangan,nak disalahkan aku,maka aku yang salah. 


But I won't make an apology for being who I am. 

I stand on what I believe in.

Tak payah tanya aku usrah mana. 


Sebab tak ada kena mengena.


Jamaah mana.Kesalahan terletak atas diri aku sendiri.

Aku mak jemah.Iman tak tera mana tapi ada rasa nak tulis. 


=Masih lemah iman.Ukhti pakai jin.Tak pakai jubah yang indah=


Monday 19 May 2014

Things that I value and I hate

Bismillahirrahmanirrahim.

When I am stress,then I write.

The things that I really value and the things that I hate :

1) Time : Masa orang kau jangan buat main.Kau ingat masa boleh beli dengan rumah bangalow?Kau ingat aku tak ada keja lain nak buat.Kau ingat semua orang suri rumah sepenuh masa?Time waits for NO ONE.Lagi aku menyampah bila nak jumpa sekian-sekian bila dah x dapat jumpa tak bagitau.Kau ingat aku student tak kisah pasal masa.I do cut people off from my life because of this reason.Walaupun ada certain masa aku berfoya-foya,but I do value punctuality and promises.

2) Responsibility : Respect others dengan buat kerja tak susahkan orang lain.Kalau tak dapat buat,then inform teammates so that we can help you.But if you promise to submit on that time,end up hilang tak dapat jejak.Buat kerja yang kena buat.Tanggung dan jawab.

3) Waiting for others tooooo long : Ingat dunia ini dicipta untuk tunggu orang yang tak kunjung tiba ke apa?  

4) Those who treat me like a baby with the thoughts of 'budak lagi.tak tahu pape and jadi decision maker untuk aku'.Kemon.I am 20.I hate you for treating me like that,act as if you have been living in this world for thousands years (=_=)

5) Those who belittle ones' ambitions.Who are you to dictate the fates of people?Macam Tuhan,nasihat itu ini tak payah ambil course itu ini,tak payah buat itu ini,mengeluh susah itu ini,sickening tahu?Complain sana sini tapi tak ada solid reasons why asyik complain.Oh you,tak tahu nak encourage people,at least DIAM.What kind of generation do you expect us to have if you asyik doktrin all the negative thoughts??

6) Trust.Once broken,tak dapat balik.

Selalu cakap dekat orang yang buat salah "tak pe,tak kisah,tak marah".
Tapi dalam hati,boleh tahan makan dalam.

Introvert.Tak sampai hati nak kecik kan hati orang depan-depan dengan cakap,tapi dalam hati aku rasa nak explode.Macam ada grenade dalam badan.Sumpah,nak ubah !




Sunday 4 May 2014

Pride

Bismillahirrahnirrahim.

Holding a title DR,IR,PROF.

Bukan pride.

Not at all.

Reflect.Responsibility banyak mana.

Ada rasa nak lari tak cukup tanah tak?

Jadi student pun dah megah berpeluh setempayan dah dengan segunung assignment.

Oh Tuhan.

Ease our journey.

Aku percaya.

I strongly believe that medicine may bring me closer to Allah.

InsyaAllah.

Saturday 19 April 2014

Life Reflection

I define knowledge as the reference point untuk Achieve TRIUMPH dalam hidup.

Banyak tanggungjawab dalam hidup.

Terlalu banyak.

Hak kita dengan diri sendiri.

Hak kita dengan ibu bapa.

Banyak sangat dah pengorbanan yang tak ada satu pun dibalas lagi as anak kan?

So,takat mana effort kita nak berjaya tu.

Cer hang define meaning victory tu?

Sekadar duit?

Ada rumah bungalow dengan life partner plus anak-anak hang one day?

Jadi doctor pakai white coat sambil semua orang layan hang dengan baik sebab status sebagai doctor?

Ooyeah.

Narrow betul definasi kejayaan.

Tak cukup macho lah.

Have you ever imagine,what if matawang kita jatuh one day?

Plus jadi miskin kejap or kita ni diuji dengan panas kering tak ada air?

Macam lah duit berjuta boleh survive kan time tu?

So skill nak survive,adapt dengan changing environment time tu knowledge je.

Banyak benda nak kena kuasai.

Sometimes,you feel like you are too small huh?

Tengok senior dekat luar negara,or sahabat sama-sama dulu,

Tengah lelah discuss and join misi-misi membantu warga syria di Jordan misalnya,

Men scroll gambar2 di news feed di facebook,

They are so ohsem !

20 tahun dah merantau,membantu pelarian.

Bestnya jika sekarang aku berada bersama dorang.

Lagi scroll ..

Di Ireland tu ..

Tu haaaa.

Tengah join program reviving ummah.

Cool oh.

Dan aku masih di sini.

Dah tak berapa nak ada dah opportunity seperti itu.

Rasa.. .

Banyak impian.

Tapi ada kekangan.

Nak jadi doktor.InsyaAllah.

One day,maybe boleh join misi macam dorg.

At least,yang dekat-dekat.

Membantu sikit-sikit.

Maybe?

May Allah bless.InsyaAllah.

Hidup ini.

Bukan pasal duit semata. 

Duit boleh cari. 

Kefahaman sesuatu bidang susah nak cari titik pemahaman dan kesefahaman.

Sebab itulah ada orang define beauty as knowledge.

Wednesday 16 April 2014

[=_=] Kerekness

Kalau lah

Exam ni ada study leave

Kan best.

Kalau lah

Boleh ambil cuti macam orang dah kerja

Kan best.

Kalaulah boleh hilang sekejap dari semua benda yang serabut ni

Kan best.

Berapa banyak kalau hang nak ada oiii?

'Its better for us to say alhamdulillah ala kulli hal for every single thing that happens in our lives because "if" can bring us to syirik lah sista'

Teringat kata-kata usrahmate dedulu masa 1st year.

Byk jugak mengeluh.                              

Sebab the beginning is always the hardest.

Hahaha.

'Sebenarnya tanggungjawab yang kita ada,lebih banyak dari masa yang kita ada'

Imam Hasan Al Banna.

Eh.Apsal aku rasa mcm ada yang tak kena eh?

Maka kata sang roommate,

"Bila dah rasew cenggitew,kene ler reflect diri itew".

"Hang ade slack tang tang manew kew"

Heh.indeed.


Esok exam business.

Boleh percaya tak aku ambil business?

Hahaha.

Kelakar tahap sarkas jugak kan?

Mana tahu one day boleh bukak kedai nasi arab kabsah ke mandi ke hadramaut ke?

Phewwww.

Senget.

Bai.Have a nice day ahead !




Saturday 12 April 2014

Manners.Etiquette

Tak suka menunggu.

Tak suka menjadi orang yang ditunggu.

Masa orang kena respect.

Jangan jadi selfish.

Jangan biar orang menunggu.

Dia ada hal tapi kerana anda dia batalkan.

If you can't make your date,then inform her at least.

Simple thing.Reflect your manner.

Of how you handle a simple thing in stupid way.

I hate people who often take things for granted.

"Sori" is like rubbish.

"Maaf" shows your attitude and your sincere apology.

Sorry maybe can be accepted sometimes.

No manners.

I am an introvert.

I keep lots of things in my heart.

Don't treat me as if I am your sister so that you can do anything you like.


Once you break my fragile heart,let us be separated forever.

That was I.

This is me.

Time is precious.

I greatly value my privacy.

I value myself.

I never cut people off from my life.

But lately,I do.

Done terminating twitter.No twitter.No instag.

Using my current phone number for whatsapp,and etc.

I stand on what I believe in.

Berprinsip jangan hanyut.

Speak politely.

Live freely.

Because death is a guarantee.

Islam teaches us to spread the love,no?

No double standard.

Respect others.

Leave kawan or strangers yang tak membina.

Environment or upbringing mould your personality in a way.

People always give a damn about appearance and judge the standard between the poor and the rich.

Those who drive an elegant BMW and those who just own a local car.

Those who live in a luxurious massive bungalow and those who just live in a terrace house.


How pathetic they are.

Whoever you are,wherever you live,just carry yourself with pride and respect.

-Oh ya,baru balik makan kedai tepi jalan.
Tak perlu makan gaya beradab dan duduk dengan penuh sopan.
Check balance mesin ATM.
O poor me.A poor student who have a big dream lah fatin farhani.
Where is my allowance o my lovely Jpa . . .?








Wednesday 9 April 2014

My two cents ..

Bismillahirranirrahim.

I don't know whether the title that I put is appropriate or not since it doesn't seem like I am giving my opinion on certain issues.Its more to express my feelings as usual.*Typical woman kan?Sigh*

Alhamdulillah,my forth week macam much better dari 3rd week yang memang the worst week yang tak cukup tanah berlari.Plus that was a very awesome weekends since mak ayah visited me.*Anak manja*.Hehe :P Now,I am in the 6th week,next week will be a quiz for this block,then 8th week will be the final block.O yeah.This is our forth block.Then,we'll move to the new campus in Kota Samarahan and stay there till year 2.One more block to go,then after the fifth block,we'll have a long holiday.InsyaAllah.Oyeah !Thats what I am waiting for peeps.End of year one.InsyaAllah,we'll proceed to year 2 next.Doakan.

Block 3 result had been released out yesterday.Syukur,eventhough masih tak berpeluang dapat A-,tapi B+ dah rasa syukur sangat since Ospe mmg sucks.Blurr tak cukup tanah aku mengarang merepek dalam kertas soalan.Dan pastinya,result itu berkat doa mak ayah.Nak harapkan effort sendiri,mmg pergi laut arah  indian ocean lama dah.Target aku block 3 mmg sekadar lulus jela.Pass setiap block,masuk tahun 2 dan boleh balik cuti suka ria macam biasa.Ouch,seems like I take things for granted banyak sangat TT_TT.

Block 4,musculoskeletal block.Block ni belajar anatomy.Rindu Mesir.2 block sebelum ni mmg belajar benda baru.Parasites and Immunology yang kitorang akan belajar tahun 3 kat Mesir.Tapi block 4 ni mmg memecahkan kerinduan pada Mesir yang amat sangat sebabnya belajar anat dan physio yang dah belajar kat sana.Rasa macam nak balik sana pergi peluk semua doktor2.Seriously,bukan senang nak belajar benda tu balik.Sebab dulu pernah belajar yang lebih susah,lebih banyak,and now kena ulang balik tapi dari segi environment yang berbeza.Perit oh.Frankly speaking,budak Msia learn in hard way lah!Skang aku dah balik Msia,so termasuk akulah.

Integrated system and Conventional system.Aku tak boleh nak bagi in details the pros and cons dia.Sana belajar sistem conventional,sini integrated.So sikit-sikit roughly tu boleh lah.Rasa macam tak mampu nak bagi banyak since tak habis setahun pun lagi aku belajar kat sini.
-Sana belajar by subjects 1st and 2nd year belajar Anatomy,Physiology,Biochemistry and Histology.
Plus banyak exams ada Practical,Oral,and Written.3rd year belajar pathology,immunology,pharmacology and parasitology.


-Msia belajar by blocks or modules yang pukul sama rata.Masukkan anatomy sikit,biochem sikit,pasal diseases which is pathology dalam module tu plus histology.Kiranya if belajar pasal block musculoskeletal ni, akan belajar anatomy pasal bone,muscle,patho disease pasal bone such as osteosarcoma,osteoma,Ewing sarcoma,then biochemistry yang relate dengan bahagian tu.Tapi belajar kat Msia pasal anatomy,biochem,physiology tak sebanyak kat sana.Kat Msia,susah sikit cara belajar sebabnya kekangan masa seperti adanya generic dan elective expeceli bagi budak Mesir,tiap-tiap hari balik pukul 7,nak pegi bilik anat tak boleh since pukul 5 dah tutup sedangkan ktorg ada kelas yang banyak.Lecture yang diberi secara brief,kena cari sendiri semua benda and belajar anatomy guna bones and muscle artificial jugak.Tak cukup cadaver ke apa,wallahualam.

So dari segi belajar,belajar kat sana lagi banyak tapi we learn in easy way.Setiap minggu tengok cadaver,tiap minggu dok revise tulang.So benda yang susah jadi mudah.Sini,terus belajar muscle,origin insertion tak crucial sangat,plus revise tengok tulang artificial,so tak nampak dan tak boleh rasa muscle dan bone tu macam mana.Benda yang Tuhan buat,memang takkan sama dengan manusia buat.Teringat sana,if nak practical exam dok berkampung ramai2 ingat attachment (insertion,origin of the muscles),ingat content segala foramen kat skull yang akhirnya sampai nak nangis menghafal.Rindunya,belajar susah sama2 kat sana ^_^.Dekat sini certain things tak penting,sebab benda tu cuma penting untuk nak sambung master nanti.So dia lebih tekankan pasal ligaments,fracture,healing semua yang berkaitan dengan diseases.So both ada pros and cons.If nak kira rindu,sekarang jugak rasa nak terbang balik sana.Dari segi tenaga pengajar,of course totally different.

Environment.If nak cerita panjang lebar rasa hati,issue ni mungkin sensitif bagi yang membaca.Kang ada pulak banish dengan ayat sarkastik tak cukup alam semesta cakap "untunglah pernah dok obersi ape ke benda" *Facepalm*

Tapi yang pasti.3/4 hati aku still kat sana lah.Sebab aku susah nak lupa orang yang aku sayang.Semua termasuk kawan-kawan,lecturers yang baik hati,pak cik mak cik arab yang cool giler.Orang yang pernah harungi susah sama-sama mestilah corak pendirian hidup tak jauh mana bezanya.Wavelength pemikiran yang sama.Bulatan gembira berusrah yang berdiskusi atas topik yang semua orang faham dan sama-sama berfikir bertukar pandangan on current issues.Suasana kerek tak cukup tanah,pakai baju kurung berkasut sneakers tak de orang nak pandang macam alien masuk kampung.Ustaz ustazah pakai jeans tak de kopiah tapi ilmu penuh kat dada tak de orang nak pantang sebelah mata.Kat sini katakanlah ustaz pakai jeans,tak cukup tanah kena syarahan tak menghormati norma masyarakat.Awww.Nampak?
 Kalau aku solat pakai jeans,tak pakai telekung,habis lah.

Lecturers yang sentiasa motivate,sentiasa optimis dengan cakap study dengan hati,mula2 susah tapi nanti insyaAllah you'll find the way instead of kat sini yang setiap kali dr torture minda cakap "korang tak guarantee dapat kerja apa semua".Pffttt.

Baru 1st year,what kind of mentality do you expect us to have?Semuanya negatif.Harapan tak membina.
I am sorry.Aku cakap apa yang aku rasa.
Nobody knows the future.
At least,give us some hopes instead of torturing our mind with all the negative thoughts.

Enjoy belajar.Aku mencari itu.

Aku percaya yang environment moulds ourselves walau kita sendiri yang mencorakkannya.Tapi kita perlukan supporters and peers yang sama dengan kita.Kalau tidak,kita akan terus jadi robot.

Pergi kelas,balik kelas,letih enjoy,pergi tengok wayang.Then jalani hari yang biasa balik.
Bila cakap dengan budak overseas,dah tak ada tajuk dah nak sembang.
Rasa inferiority complex.Mereka bercakap dan bertanya pasal pendapat,pasal usrah,pasal hak-hak manusia,pasal kenegaraan dan aku jadi biol sebab dah lama tak cakap.Dah lama tak sembang pasal itu.Dah lama tak membaca.

Hidup sekitar ini sahaja.Just follow the flow.

Dapat degree.

Balik Semenanjung.

Start berbakti.Nak dwell on the past,nak menangis kerinduan dan meratapi banyak impian yang terkorban sebab balik Msia is too mainstream.

Allah knows best.

Thanks mak ayah.May Allah grant them happiness.






-

Friday 21 March 2014

Worst week.Bad days.

Bismillahirrahirranirrahim.


           Penat.Penat berkejar.Penat belajar.Eh?Tak.Penat buat routine yang sama.Pegi kelas 8pg balik 7mlm.Monday till Thursday.Friday relax sikit.8 pg sampai 5 petang.Rilek dalam erti kata "Hooorey,weekend is comingggggggggggggggggg hooyeah".Lagak dah macam rusa masuk kota metropolitan.Jakun semacam nak dapat cuti.Time is golden.Aku baru sedar rupanya.

           Rasa tak kena dengan jiwa.Ada rasa hollow inside.Tak bukan masalah mental.Bukan jiwa.Penat nak hadap semua benda.Hadap block yang susah,kena sacrifice banyak masa nak baca buku dan tak de masa yang cukup nak belajar,dengan subjek generic dan elective yang aku rasa menekan,aku rasa nak lari jauh2.Orang lain ambil 3 subjek generic & elective.Aku amik 5.Ya khas untuk pelajar yang berada dalam kelompok "Egypt Crisis".Subjek medic yang susah dan 5 subjek tambahan  TITAS, ETNIK, IT, MUET, BUSINESS MANAGEMENT.Rasa macam,eh aku ni budak medic ke budak sastera? (=_=) Balik rumah pukul 7,aku dah flat.Lepas isya' mata dah layu.Banyak lagi benda tak buat TT_TT.Notes tak print lagi untuk hari ni,study itu tak lagi,ini tak lagi.Generic and elective bukan pegi dengar je pastu balik,tapi ada assignment,ada presentation,kena turun fieldwork,IT ada project.Plus PBL yang kena buat presentation lagi not just discussing je.It consumes lots of time jugak.Bila aku nak study and manage time properly ni?STRESSSSSSSSSSS.

          Mak,I wanna go home..Kejap pun jadi lah..Dapat jumpa mak ayah seminit dua pun jadilah.I don't care of how much I have to spend for the flight ticket.I just don't care!I wanna go home.Even 2 saat pun cukup lah.Ingatkan weekend ni nak balik.Tengok harga tiket,800+.Okay,still aku rasa nak balik jugak.Tengok duit ada 700 je.Back to reality,kena lah consider semua benda jugak.Dah tu bulan ni nak makan apa?Pasir?Ohoi.Mak cakap,"if adik rasa nak balik sangat,balik lah.Tapi kan 800+ tu mahal untuk 2 hari je weekend".Bila mak cakap camtu,hati dah rasa ice cream dah.Mengalir terus air mata.I don't know why I am sooooo sensitive minggu ni.Aku tak manja macam ni pun.Then,rasa nak cakap "Mak,ayah meh la sini.." I need you.Tapi tak tercakap.But mak cakap "if adik nak balik then balik lah,mak bank in duit,if mak ayah gi sana lagi mahal".And tears kept rolling down my cheeks TT_TT.JPA cepat lah masuk !

   " Tak pe lah mak.Tak jadi balik.Mak ayah pun tak pe lah,tak payah datang".Fullstop.
      
 I was at the lowest ebb.Aku rasa sedih.Tetiba teringat,mungkin cuma mainan perasaan.

Aku tinggalkan Ijip,tempat yang aku sayang dengan linangan air mata.
Aku tinggalkan sahabat,rakan seperjuangan yang ada bila aku susah.
Yang akan tepuk belakang sambil kata "Keep going on Fani.You can do it"
Ada usrahmates yang supportive.
Ada lecturers yang baik.
Ada environment yang sesuai dengan aku.
Aku tinggalkan segalanya untuk aku sama-sama family.
Kerana aku ingat mak selalu cakap yang dia suka sangat if aku balik belajar sini.
Apa salahnya if aku ikut kata parents.
Tapi benda tak semudah itu rupanya.
Ayah kata if belajar sini,rasa nak balik boleh naik flight balik terus.
Mak ayah nak datang melawat pun senang.
Tapi.Tak.Tak seperti itu.

                 Aku sepatutnya berada di tahun 3 di ijip.Tapi disini.Aku mulakan semuanya balik.Dari tahun 1 kerana silibus yang berbeza.Aku belajar anatomy balik,physiology balik.Benda susah anatomy itu kena belajar balik.Dan dengan subjek lain yang menekan,aku rasa burden.Ya Allah,hanya sahabat yang buat medik boleh faham macam mana rasanya nak ulang semua balik.I wanna go home..Just for a while.Sedih yang tak terucap.Tak tahu macam mana nak describe.

                Memang ada sahabat yang cakap "You are the choosen one".Tapi aku pun ada rasa penat,letih,kecewa.I need space.I need my best friends.

                Yesterday was the worst day untuk minggu ni.Aku jadi MC untuk PBL discussion.So I have to compile all slides for presentation from the group members.Wifi rumah tetibe tak boleh guna.Then tak boleh nak download slides from others.Lari pergi library lepas abes kelas business pukul 4 sambil bawak laptop.Tetibe laptop rosak.Malam tu nak kena send slides sbb esoknya presentation.And part presentation yang aku punya ada dalam laptop yang rosak tu!

Boleh faham tak rasanya nya macam mana.
Tak cukup tanah berkejar.
Pukul 5-7 kelas muet.
Aku kena start buat presentation semua slides balik.
Masa dah pukul 4.Pukul 5-7 kelas.
Compile yang lain tu takpe sbb benda tu tak susah.
Tapi aku rasa macam nak jantung nak berdegup berhenti jap buat kerja dunia bila masalah melanda.
Gi kelas muet,mmg aku ada masalah mental.
Sebab dok ingat kerja banyak tak siap.
And aku balik library pukul 9 malam dengan kerja pun tak habis buat.

Tapi,alhamdulillah,presentation hari ni dah tamat !

Gila.Aku tak pernah rasa feeling macam ni punya teruk dalam hidup aku start dari segalanya.

Tuhan,jangan uji aku sesuatu yang tak mampu aku nak tanggung.

         Aina.I miss you.I miss Egypt.I miss everything.I wanna go home.

Hidup je.Tuhan kan ade.Baru first year,tak cukup megah lagi nak mengeluh.





Tuesday 18 February 2014

A Wish

Good luck Fatin Farhani.May Allah ease.Pathetic huh?Wishing best of luck to yourself?

Thursday 6 February 2014

Tired



To say tired is too mainstream.

Everyone feels the same.

Maybe some of us are even worse.

Just ask Allah to give you strength.

You are not that busy kan if you still have time to make an entry like this?

Hahaha.

Booo.Shame on you.

Too much sighs.

Make you stupid.


Ohohohoho.

Monday 3 February 2014

Beautiful Advice.Deep.

Bismillahirrahnirrahim

Kata Ayah sebelum pulang Sarawak.

"Adik,medicine is your choice.Mesir adalah sejarah.Maybe kenangan terindah.2 tahun di sana,Allah aturkan akhirnya adik di sini.Mak Ayah seronok adik balik sini.Dekat.Malaysia adalah realiti.Lupakan keluh kesah tak ada life study dekat Msia,sebab itulah realiti seorang doktor nanti.Sampai mana sangat kita nak berfoya-foya?Hidup kita ada tujuan.Purpose of life tu.Berkorbanlah.Ayah doakan adik berjaya."

Mak "Mak sunyi sangat adik tak ada.Belajarlah sungguh-sungguh 5 tahun ni.Balik,berkhidmat di sini."

Lihat jam.6.30 a.m

Gate close : 6.40 a.m

Penerbangan AirAsia.Announcement sudah kedengaran.


Atas awan,terkenang kisah lama.
Memori yang sentiasa tersemat di minda.
Seminggu cuti,lepas cuti ada test.
Apa maksudnya cuti?

Orang kata,duduk overseas jauh dari mak ayah.
Ya.Tapi balik ada masa untuk keluarga at least.
Cuti 3 bulan,byk habiskan dengan mak ayah.
Sempat jumpa famili dan kawan-kawan.
Apa guna dekat if kelapangan tak ada?
Apa guna ada duit if tak ada masa?

Msia.
Cuti lama memang takkan ada.
Bersedialah.
Sebab sendiri yang pilih jalan ini.
Takkan ada rasa kecewa.
InsyaAllah.

Kadangkala,di provok Mak.

"Itulah.If buat cikgu kan best.Dulu tu if pergi yang course cikgu kimia kat UK tu,macam anak cikgu XX maybe dah balik.Enjoy.Budak cuti sekolah kita pun cuti"

"Belajar kat mana pun ada susahnya sendiri.Pergi sana belajar susah juga.Muka depa stress jugak,ada thesis jugak bagai.I choose medicine mak.Doalah.Restui lah" 

"Mak sentiasa restui.Adik dah pilih jalan hidup adik.Effort adik moga2 Tuhan kurniakan kejayaan."

Sebak.

Jumpa lagi mak.

Mak Ayah.Moga Allah sentiasa jaga kalian.



Wednesday 8 January 2014

Hai Medik.

Bismillahirrahmanirrahim..

Drama favourite aku,team medical dragon.Aku suka pi hospital.Banyak dah ulang alik gi hospital sebab sakit.Aku suka sembang dengan doktor.Suka tengok doktor.Nak jadi doktor.Tiap-tiap hari doa moga Allah sampaikan cita-cita aku nak jadi doktor.2 tahun kat Mesir buat Medik,tiap kali final exam,menangis stress.Aku macam okay je lagi.Bila kena balik Msia,sambung IPTA,aku dok tanya diri aku,kenapa aku buat Medik eh?

Dikala semua orang balik cuti sem berminggu-minggu,aku dok sini belajar berjam2.Sebab medik x ikut semester.Kitorang pakai sistem sem..So duduklah aku belajar berteman buku.Mmg kerek.Tapi tak jugak aku pandai2.Nak quiz,tengok kawan keluar,aku nak sangat keluar.Lari dari semua notes.Tapi gagahkan diri belajar.Result quiz keluar,70% students fail.Yes,termasuk aku.

Kau study.Kau fail.Ya.Itulah dia.
Bila tengok kawan menangis tak dapat buat Medik sbb x cukup pointer.
Aku rasa macam nak pi tepuk belakang dia.
Nak cakap dekat dia.
Aku kadang-kadang bila penat,aku sendiri tertanya diri aku.
Kenapa aku buat Medik?
Even aku minat Medik.
Aku rasa best je.
Tapi bila penat,semua benda nak ungkit.
Tak tau gi mana semua kesungguhan.
Kenapa nak mengeluh bila penat kalau minat?
Aku nak cakap dekat dia.
Susah.Bukan nak takutkan.
Ya itulah realiti medik disini.
Kat Egypt,byk teori.Sgt stress bila exam.
Tapi I've time for myself.
Aku rasa dah mcm nak cakap dekat dia

"Okay la tu tak buat medik pun.Biotech ke.Forensic ke okay what."

Ada .... L.... I.... F.... E....

TAPI AKU TAK TERCAKAP CAMTU.
Aku cakap "okay la tu.Mak ayah hang hantaq study overseas.Tercapai cita2 hang nak buat Medik.Alhamdulillah.Study well.Aku sentiasa doakan hang.Balik jadi doktor naaaa" .Dok encourage orang buat Medik.Tapi aku nak cakap kat dia.Medik tu susah mek :(

Tapi ni la life aku.Okay la tu.Aku best buat Medik ^_^ Sedapkan hati XD.