Thursday 18 August 2016

Ayah


Salam alaik.

Behind every successful daughter is a truly amazing father. Peace V :)

Happy retirement day :)

Ayah yang sentiasa titip berdoa untuk kejayaan, when I was at the lowest ebb.

Saja aku tulis, since hari ni hari terakhir ayah dekat sekolah dia. Moga one day, kalau blog hidup segan mati tak mahu ni masih hidup, aku boleh tengok balik apa yang pernah jadi dalam hidup aku. Hahaha. Kalau aku mati, hopefully, I sempat pass my password to someone, so that he will inactivate this blog. Lol.

Antara memorable moment yang paling buat aku tersentuh hati, masa aku duduk dekat boarding school, aku menangis tak cukup tanah, nak balik. Mak kata, sabar, duduk dulu, nanti lama-lama okay. Ayah kata, tak apa, esok ayah ambil adik balik. Kita tukar sekolah. Cakap dengan ayah senang. HAHA. I know both of my parents want the best for me, tapi mereka ada pandangan yang berbeza.

Ayah sangat memahami. I really can't cope with the environment in boarding school. Lots of rules and regulations. Okay. Itu alasan. To be honest, aku manja. Dulu masa UPSR, dapat offer sekolah asrama tak pergi. Then bila masuk asrama form 4, terkejut nak mati. Hmm.

Esoknya, ayah sampai sekolah, dia bagi kertas A4 kosong dengan sebatang pen. Dia cakap " Nah, tulis sendiri, sebab-sebab nak tukar sekolah, satgi adik pi masuk jumpa pengetua sendiri. " HAHA. Rama-rama pun berterbangan di dalam perut. Gila tak takut. Jumpa pengetua T_T.

I was like.. T_T. " Pasaipa ayah tak tolong tulis? " Selalu kalau malas pi sekolah, ayah selalu saja tolong tuliskan alasan T_T. HAHA. Masa tengah tulis surat rasmi nak tukar sekolah dengan tangan terketar-ketar,
ayah cakap " Ayah tak kisah pun adik nak duduk sekolah mana. Tu pilihan adik, dan ayah sangat hormati. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting adik berjaya. "

Meleleh air mata sebab ayah sentiasa percaya pada aku.

I got all As in PMR and SPM. So as usual, akan ada relatives/kawan2 mak ayah akan tanya, nak sambung mana, kos apa, and bagi certain suggestions, masuklah sekolah ini, sekolah itu. Buatlah bidang ni, bidang itu. Aku hargai semua pendapat :)

Tapi ayah tak pernah suggest. Ayah tak pernah pun cuba nak bagi hint " Adik tak minat doktor ka? " Haha. Dia cuma cakap, " Buatlah bidang yang adik minat. Apapun keputusan, ayah ikut. Jangan ikut cakap orang, ikut hati, ikut minat. Nanti nak kerja berpuluh-puluh tahun ".

Ayah bukan sekadar ayah. Dia kawan. Dia sumber kekuatan.

Masa dapat offer Unimas, aku hesitate bagai nak gila, nak balik Ijip ka sambung sini saja. Hati aku memang dekat sana pun. Ayah aku cakap " Duduk sini takpa, dok sana takpa. " Tapi yang ni ayah bagi hint " Tapi kalau adik balik sini, ayah boleh tengok adik selalu. Kita boleh jumpa selalu ".

Why not balik sini, kalau dah terlalu banyak pengorbanan ayah dan mak?

Bagi aku, one of the best parenting, adalah apabila ibu bapa bagi kebebasan untuk anak-anak memilih cita-cita. Bagi aku sokongan dan doa parent adalah aset yang paling penting untuk berjaya.

Hopefully, ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dan dipanjangkan umur supaya one day, ayah boleh tengok aku konvo. Itu adalah impian dia yang selalu dia cakap pada aku.

Ameen.

Selamat beristirehat dengan gembira :)